ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.


1. KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah

Saham Malaysia Airports Holdings Bhd telah dijual pada harga antara RM6.80 dan RM7.70 seunit, menghasilkan pendapatan berjumlah RM102 juta untuk agihan dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bagi tahun kewangan 2023, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 



2. Kes Zulfarhan: 'Saya tertanya-tanya siapa tekap anak saya dengan seterika' - Ibu 

Ibu kepada Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain meluahkan mereka sekeluarga telah menderita selama lapan tahun dan perbuatan kejam yang menimpa anak sulungnya akan terus diingat seumur hidup. 


3. Pegawai imigresen KLIA 'ditangkap' selit 12 pasport di pinggang

Jabatan Imigresen Malaysia membuka satu kertas siasatan integriti berhubung penemuan 12 keping pasport yang ditemui bersama pegawai jabatan itu di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, baru-baru ini.


4. Kes pemandu wanita rempuh pelajar UiTM Dungun dipindah ke Mahkamah Tinggi

Majistret membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Nur Azhani Azman untuk memindahkan kes Norizan Ismail, 50, yang menghadapi tiga pertuduhan membunuh.


5. Kes Zayn Rayyan: Hakim, semua pihak terlibat lawat lokasi kejadian

Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Dr Syahliza Warnoh tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 pagi diiringi beberapa kenderaan polis serta Unit Rondaan Bermotosikal (URB).


6. Tarikh lihat anak bulan Ramadan pada 28 Feb

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa pada malam itu melalui radio dan televisyen.


7. Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin

Tiada lagi sebarang larangan atau sekatan berceramah yang dikenakan ke atas Dr Zakir Naik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.


8. Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013 - Nancy

Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) di Malaysia dalam tempoh 15 tahun menunjukkan penurunan sejak 2013, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.


9. Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh

Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini hari ini ditangguhkan kerana saksi yang akan dipanggil memberikan keterangan, gagal dikesan.


10. JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan - Mohd Na'im

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Feb lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.