ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 24 Februari 2025.


1. Timor-Leste mungkin jadi anggota ke-11 ASEAN pada Oktober ini - Mohamad Hasan

Timor-Leste berkemungkinan besar menyertai ASEAN sebagai anggota tetap pada Sidang Kemuncak ke-47 ASEAN di Kuala Lumpur Oktober ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.



2. Indonesia lancar dana kekayaan berdaulat bernilai AS$900 bilion

Presiden Indonesia Prabowo Subianto secara rasmi melancarkan dana kekayaan berdaulat, Daya Anagata Nusantara (Danantara) yang bertujuan mengurus aset milik kerajaan bernilai AS$900 bilion, bermula dengan modal permulaan sebanyak AS$20 bilion.


3. Penerbangan American Airlines dilencongkan ke Rom susulan ancaman bom

Sebuah penerbangan American Airlines yang dalam perjalanan dari New York ke Delhi terpaksa dilencongkan ke Rom susulan ancaman bom pada petang Ahad.


4. CDU/CSU mendahului pilihan raya Jerman dengan 26.8 peratus undi, AfD di tempat kedua

Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) mendahului pilihan raya Jerman dengan memperoleh 26.8 peratus undi.


5. 2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja

Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.


6. Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir

Industri penyiaran Pakistan terus berdepan cabaran getir, terutamanya penyebaran berita palsu, ucapan kebencian, maklumat salah dan maklumat palsu.


7. Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih

Jurucakap Rumah Putih Karoline Leavitt pada Sabtu berkata Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine, mencadangkan krisis yang berlarutan selama tiga tahun itu boleh berakhir seawal minggu ini.


8. Korea Selatan perkenal sistem 'e-Arrival Card' untuk pelancong asing

Pelancong asing yang memasuki Korea Selatan kini boleh mengisi kad ketibaan secara dalam talian sehingga tiga hari lebih awal bermula Isnin, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan kementerian kehakiman negara itu.


9. Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23

Presiden Republik Demokratik Congo, Felix Tshisekedi telah menolak dialog dengan pemberontak M23 dalam mesyuarat bersama pemimpin kerajaan gabungannya dan mengumumkan pembentukan kerajaan perpaduan nasional.


10. Cuaca sejuk landa lima negara Arab, Iraq tutup sekolah, tunda waktu bekerja 

Oman, Qatar, Kuwait, Arab Saudi, Mesir dan Iraq mengalami cuaca sejuk dan tidak stabil, menurut kenyataan berasingan daripada jabatan meteorologi masing-masing.