1. KWSP umum dividen 6.3 peratus bagi Simpanan Konvensional dan Shariah
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.30 peratus bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah bagi tahun 2024.
2. Komposer Zul Mahat meninggal dunia akibat jangkitan kuman
Industri muzik tanah air kehilangan seorang lagi bakat besar apabila komposer dan pemuzik terkenal, Zul Mahat, 64, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Jumaat malam akibat jangkitan kuman di paru-paru.
3. Ejen pelancongan parah dilibas sabit gara-gara berebut pelanggan
Seorang ejen pelancongan parah akibat dilibas menggunakan sabit dalam kejadian di jeti sungai, Kampung Kawang, Beringgis, di Papar pada Rabu lalu.
4. SPRM tahan reman wartawan disyaki minta dan terima rasuah kira-kira RM20,000
Perintah reman selama empat hari sehingga 4 Mac 2025 terhadap suspek dikeluarkan Majistret Beveniyah R Jothi, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.
5. Dividen KWSP: Cerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI - PM Anwar
Pencapaian KWSP mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI.
6. SPRM akan panggil semula Ismail Sabri bantu siasatan - Sumber
SPRM telah mengambil keterangan Ahli Parlimen Bera itu pada minggu lalu.
7. Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Ramadan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
8. MCA dakwa ada parti dalam PH cuba gunakan media beri tekanan, keluar BN
MCA mendakwa terdapat usaha daripada beberapa parti dalam Pakatan Harapan (PH) yang menggunakan media bagi memberi tekanan kepada MCA supaya keluar daripada Barisan Nasional (BN), sekali gus menyingkirkan parti itu daripada gabungan Kerajaan Perpaduan.
9. Kerjasama masyarakat, tentera, asas jamin keselamatan dan pertahanan negara
Kerjasama antara masyarakat dan tentera amat penting dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara terjamin daripada sebarang ancaman, kata Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan.
10. PRK Ayer Kuning: Enam calon disenarai untuk pertimbangan - Saarani
Enam calon daripada peringkat kepimpinan UMNO Bahagian Tapah telah disenaraikan setakat ini untuk dipertimbangkan Majlis Tertinggi UMNO bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti.
