Perhimpunan diadakan ketika negara itu menunggu keputusan mahkamah perlembagaan mengenai pemecatan Suk Yeol.
Dalam masa sama, sekitar 18,000 penunjuk perasaan anti-Yoon berhimpun berhampiran Mahkamah perlembagaan untuk menuntut pemecatan beliau.
Difahamkan, jumlah penunjuk perasaan mencatatkan jumlah luar biasa berikutan sempena memperingati ulang tahun Pergerakan Kemerdekaan pada 1 Mac di negara itu.
Suk Yeol, 64, dipenjarakan sejak Januari lalu selepas ditahan atas tuduhan pemberontakan yang boleh membawa hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati.
Sementara itu, Suk Yeol berdepan kemungkinan dipecat dari jawatan sekiranya Mahkamah mengesahkan pemecatan parlimen, yang menuduhnya mengisytiharkan undang-undang tentera pada 3 Disember tanpa alasan perlembagaan yang wajar.
