Jelajah "Ubermensch in Korea" akan bermula di Stadium Goyang pada 29 dan 30 Mac, menurut penganjur acara, Coupang Play.
Ini merupakan konsert solo pertama penyanyi rap dan ketua kumpulan BIGBANG itu sejak jelajah dunia terakhir pada 2017, yang menarik seramai 650,000 peminat menerusi 36 persembahan.
Bagaimanapun, butiran lengkap mengenai jelajah dunia terbarunya masih belum diumumkan secara rasmi.
Dalam konsert akan datang, G-Dragon dijangka mempersembahkan lagu terbaharunya, termasuk "Power," "Home Sweet Home," "Too Bad" dan "Drama."
-- BERNAMA