"Saya sedang melalui ujian ini dan saya bersatu dengan ramai saudara serta saudari yang sakit," katanya.
Seperti empat Ahad sebelumnya, Ketua Gereja Katolik itu tidak dapat melaksanakan sembahyang tradisi di hadapan puluhan ribu penganut di Dataran St. Peter, Rom.
"Tubuh kita mungkin lemah, tetapi tiada apa yang dapat menghalang kita daripada mengasihi, berdoa, menyerahkan diri serta hadir untuk satu sama lain," menurut teks itu lagi.
Pemimpin berusia 88 tahun itu turut menyeru supaya berdoa untuk keamanan, khususnya bagi negara yang "terluka akibat peperangan".
Paus Francis telah menerima rawatan di Hospital Gemelli, Rom sejak 14 Feb dan belum muncul di khalayak ramai sejak itu. Beliau mengalami radang paru-paru yang rumit di kedua-dua belah paru-paru.
Pada Sabtu malam, Holy See menyatakan keadaan kesihatan beliau stabil, mengesahkan kemajuan yang dicapai sejak minggu lepas.
-- BERNAMA
