Hanya satu sepakan jarak jauh berjaya menempatkan dirinya setaraf pemain terkemuka yang beraksi dalam kancah saingan liga tempatan.
Dan tanpa diduga, ia juga dianggap sebagai koleksi peribadi kerana gol yang sangat menakjubkan serta jarang berlaku.
Itulah individu yang bernama Izzul Azry Abu Mansor mewakili Penang II dalam aksi Piala MFL bawah 23 tahun (B-23) yang tercalon dalam kategori Gol Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK24/25) musim ini.
Insiden itu berlaku sewaktu Penang II mengikat Sri Pahang 2-2 dan jaringan yang dilakukan itu menyelamatkan maruah skuad utara tanah air untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.
Peminat mula melihat video yang dimuat naik oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) itu dan memberikan reaksi tersendiri.
Untuk makluman, undian telah pun ditutup malam semalam. - Stadium Astro
