Olimpian negara itu seperti terlanggar bersama pelumba di hadapannya, Makaira Wallace, sebelum ingin melakukan henjutan terakhir menuju garis penamat untuk mara ke pusingan seterusnya.
Akibat perlanggaran itu, perjalanan atlet berusia 22 tahun itu terhenti ketika saringan repechage pusingan pertama dan status bertukar DNF (did not finish) dan situasi kecederaan masih belum diketahui.
Terdahulu, Izzah melakar sensasi apabila memadam rekod kebangsaan miliknya sendiri dengan catatan masa 10.578s dalam acara pecut individu kejohanan tersebut. - Stadium Astro
