KUALA LUMPUR: Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) bersetuju untuk memasukkan kembali kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL), dijadualkan pada 23-30 Sept ini, ke dalam kalendarnya.
Ahli Jawatankuasa Pengurusan UCI Datuk Amarjit Singh mengesahkan perkara itu selepas mesyuarat jawatankuasa tersebut di Glasgow, semalam, seminggu selepas perlumbaan itu dikeluarkan daripada kalendar dunia.
"Saya secara jujurnya lega dengan kemasukan semula ini memandangkan ia melibatkan nama baik dan imej Malaysia secara umum dan khususnya dalam komuniti berbasikal di seluruh dunia. Saya memikul tanggungjawab yang besar untuk memastikan ia dapat dilaksanakan dan syukur ia sudah diselesaikan," katanya dalam kenyataan.
Amarjit, yang juga Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), menyifatkan pertemuannya dengan Pengarah Sukan UCI Peter Van De Abelle dan bahagian lebuh raya kesatuan itu mengenai keperluan LTdL dimasukkan kembali ke dalam kalendar antarabangsa sebagai sangat positif.
Beliau telah mengemukakan bukti pembayaran oleh penganjur sebelum ini, Human Voayage, kepada beberapa pasukan yang mengadu kepada UCI mengenai bayaran penampilan dan perbelanjaan lain yang tidak dilunaskan.
Amarjit, yang juga Naib Presiden Konfederasi Berbasikal Asia berkata atas permintaan beliau, UCI bersetuju untuk memasukkan semula LTdL dalam kalendar 2023, sementara menunggu pengesahan daripada pasukan-pasukan terbabit mengenai pembayaran.
"Situasi mengecewakan ini boleh dielakkan jika bayaran dibuat dalam garis masa yang ditetapkan kepada pasukan oleh penganjur sebelum ini.
"Saya menerima banyak pertanyaan secara peribadi minggu lepas daripada pelbagai Pro Teams selepas berita mengenai jelajah itu dikeluarkan daripada Kalendar UCI tersebar dan bertanya jika perlumbaan itu dibatalkan, saya memberi jaminan kepada mereka bahawa ia akan berlangsung seperti yang dijadualkan," katanya.
Minggu lepas, UCI mengeluarkan perlumbaan ProSeries itu daripada kalendar badan dunia tersebut disebabkan isu hutang penganjur.
Presiden PKBM Datuk Abu Samah Wahab sebelum ini dilaporkan berkata penganjur LTdL 2019, 2020 dan 2022 belum menyelesaikan bayaran tertunggak berjumlah kira-kira RM1 juta yang tidak melibatkan hadiah wang tunai.
Edisi LTdL tahun ini bakal dianjurkan Majlis Sukan Nasional (MSN) dengan penyertaan 22 pasukan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 01 2023

Amarjit mengesahkan perkara itu selepas mesyuarat jawatankuasa tersebut di Glasgow, semalam, seminggu selepas perlumbaan itu dikeluarkan daripada kalendar dunia.- Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.

LTdL tahun hadapan akan lebih 'menyengat'
Dua pendakian berturut-turut yang diperkenalkan pada edisi tahun ini akan diteruskan setelah format itu berjaya meninggalkan impak serta kejutan.

Poole juara keseluruhan LTdL 2024
Pelumba Britain Max Poole muncul Juara Keseluruhan perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 biarpun menamatkan saingan di tempat ke-35 pada peringkat terakhir.

KBS mahu kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran LTDL
Kementerian Belia dan Sukan berharap kerajaan negeri tampil lebih serius dalam penganjuran perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) pada masa akan datang.

LTdL 2024: Mamat terkedu tersingkir dari saingan
Mohd Harrif terpaksa akur dengan ketetapan itu selepas menjadi antara 18 pelumba tidak menamatkan perlumbaan dalam had masa ditetapkan.

LTdL 2024: Beberapa jalan di Ipoh ditutup, dilencong esok
Penutupan dan lencongan jalan akan bermula pada Selasa jam 12 tengah hari hingga 2 petang.

LTdL 2024: Dataran Lang jadi saksi kemeriahan majlis pengenalan 22 pasukan
Kali terakhir Langkawi menjadi tuan rumah majlis simbolik sebelum perlumbaan bermula secara rasmi itu adalah pada 2018.

LTdL: Beberapa jalan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang ditutup
Beberapa laluan di daerah Nilai, Seremban dan Rembau ditutup secara berperingkat susulan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.

Tiada istilah 'kuda tua', Mamat buat penampilan ke-15 LTdL
Pelumba berpengalaman negara, Mamat masih menggalas cabaran Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) pada jelajah lumba basikal LTdL 2024 yang akan membuka tirai pada 29 Sept hingga 6 Okt ini.

Tiga pasukan pro rombak barisan pelumba hadapi LTdL 2024
Kern Pharma yang berpengkalan di Sepanyol melakukan enam pertukaran pelumba dengan mempertaruh Miguel Angel Fernandez sebagai pelumba pecut utama.