ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Februari 2025.


1. Israel pertimbang lanjut gencatan senjata di Gaza

Israel sedang mempertimbangkan untuk melanjutkan gencatan senjata selama 42 hari di Gaza bagi membawa pulang baki 63 tebusan.



2. Amerika jual “kad emas” AS$5 juta kepada orang kaya warga asing untuk peroleh kewarganegaraan

Donald Trump mengumumkan, Amerika Syarikat (AS) akan menjual apa yang ditakrif sebagai “kad emas” kepada orang kaya dari negara luar, yang memberi hak kepada mereka untuk tinggal dan bekerja di negara itu serta menawarkan laluan ke arah memperoleh kewarganegaraan.


3. Enam bayi baru lahir meninggal dunia akibat cuaca sejuk di Gaza

Agensi Pertahanan Awam Gaza melaporkan pada Selasa, enam bayi baru lahir telah meninggal dunia akibat gelombang sejuk di Palestin sejak minggu lalu.


4. Elon Musk akan sertai mesyuarat Kabinet rasmi pertama Trump hari ini - White House

Elon Musk yang bukan anggota jemaah menteri akan menghadiri mesyuarat Kabinet rasmi pertama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Rabu, kata Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt.


5. White House rancang perubahan akses media ke atas Presiden Trump

Pentadbiran White House merancang melakukan perubahan besar dalam amalan akses media dengan mengawal kumpulan wartawan yang dikenali sebagai “press pool” yang dibenarkan berada dalam kumpulan kecil bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.


6. Hakim lanjutkan sekatan terhadap pelan pentadbiran Trump untuk bekukan bantuan Persekutuan

Seorang hakim persekutuan Amerika Syarikat (AS) meneruskan sekatan terhadap pentadbiran Presiden Donald Trump daripada membekukan bantuan kewangan persekutuan, dengan mengeluarkan injunksi awal pada Selasa terhadap arahan Pejabat Pengurusan dan Belanjawan (OMB).


7. Gangguan meluas bekalan elektrik di Chile jejaskan jutaan penduduk

Gangguan meluas bekalan elektrik melanda Chile pada Selasa, menyebabkan 19 juta penduduk terputus bekalan.


8. 17 maut, puluhan cedera dalam nahas bas persiaran di Thailand

ujuh belas orang maut manakala lebih 20 lagi cedera apabila sebuah bas yang membawa rombongan lawatan sambil belajar sebuah perbandaran dari Wilayah Bueng Kan terbalik ketika menuruni Bukit Phu Thon di Prachinburi, timur Thailand, awal pagi Rabu.


9. Pesawat terbakar, 2 penumpang cedera ringan

Sejumlah dua penumpang cedera ringan apabila sebuah pesawat Starduster II dinaiki mereka terhempas lalu terbakar di Tarrant County, Texas, Amerika Syarikat (AS).


10. Remaja lelaki pecah rekod dunia, kuasai 400 bahasa

Seorang remaja Muslim dari India, Mahmood Akram, 19, memecah rekod dunia apabila mampu menguasai 400 bahasa dan dalam masa yang sama berjaya mengikuti pelbagai pengajian universiti di seluruh dunia.