ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Februari 2025.


1. Malaysia kekal destinasi utama pelaburan Eropah dan AS, potensi pelaburan hampir RM20 bilion

Malaysia masih kekal sebagai salah satu destinasi pilihan utama bagi pelabur-pelabur Eropah dan Amerika Syarikat (AS) walaupun negara telah menyertai BRICS.



2. ASEAN kekal guna cara diplomasi tangani isu Laut China Selatan, elak konflik berlarutan

ASEAN kekal menggunakan kaedah diplomasi pertahanan serta seruan agar mematuhi undang-undang antarabangsa dalam keselamatan maritim bagi menangani isu tuntutan bertindih di Laut China Selatan.


3. Avitan Shalom dipenjara tujuh tahun miliki peluru, senjata api

Lelaki warga Israel, Avitan Shalom dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memiliki 200 peluru dan enam senjata api.


4. Sanusi mohon maaf kepada Amirudin, saman RM10 juta selesai

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Mahkamah Tinggi pada Rabu berhubung kes saman fitnah RM10 juta berkaitan kenyataan mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).


5. Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal

Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada kadar RM3.43 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 27 Feb hingga 5 Mac ini.


6. Mayat Hud ditemui, dihanyutkan 7km dari rumah

Kanak-kanak berusia 19 bulan, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, yang hilang di Kampung Aira Kuala Tiga, sejak Isnin lalu, ditemui meninggal dunia tersangkut pada pokok di muara sungai, tujuh kilometer dari rumahnya.


7. 60 rakyat Malaysia diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja

Seramai 60 rakyat Malaysia yang dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan telah diselamatkan oleh pihak berkuasa Kemboja dalam satu operasi yang dijalankan pada 22 Februari, kata Kementerian Luar.


8. Sokongan masyarakat sivil terhadap Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024 

MMM diharapkan akan terus memelihara dan meningkatkan keyakinan terhadap media serta mengukuhkan ekosistem maklumat dan kebebasan bersuara.


9. 1MDB: SPRM ambil masa lebih sebulan rakam keterangan - Saksi 

Tan Sri Che Lodin Wok Kamaruddin, 75, yang juga Pengerusi 1MDB dari 2009 hingga 2016 berkata beliau tidak dapat mengingati jumlah hari yang tepat, namun mengesahkan bahawa ia sememangnya melebihi sebulan.


10. Hampir 250,000 kes kanser dilaporkan hingga 2023, peratus kematian meningkat 

Hampir 250,000 kes kanser dilaporkan di negara ini dari 2017 hingga 2023 yang menyaksikan peningkatan peratus kematian, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.