ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 28 Februari 2025.


1. "Titah Adendum di bawah proses undang-undang, sila hormati" - Sultan Pahang

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah meminta semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum.



2. Isteri usahawan Ridzokumura meninggal dunia

Isteri usahawan dan pempengaruh media sosial Ridzuan Ridzokumura iaitu Akiko Okumura meninggal dunia pada Jumaat.


3. 'Arwah janji nak tamatkan acara rentas desa bersama tapi...'

"Kami janji nak sampai ke garisan penamat sama-sama tetapi, tak sangka dia 'pergi' dahulu." Demikian luahan Putra Hafiz Zaidi, 16, rakan kepada Muhammad Haziq Uzayr Hairudin, 16, yang meninggal dunia selepas menyertai acara merentas desa di sebuah sekolah di sini semalam.


4. Kes Zulfarhan: Enam bekas penuntut UPNM terlepas hukuman mati

Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 18 tahun terhadap tertuduh kerana menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, lapan tahun lepas.


5. Kes bunuh pelajar kolej vokasional: 13 remaja diarah bela diri

Hakim mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kesemua tertuduh di akhir kes pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


6. Jemaah Menteri menjunjung kasih titah Sultan Pahang berkaitan Titah Adendum - Fahmi

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga jurucakap kerajaan MADANI berkata kerajaan berharap semua pihak menghormati titah Tuanku.


7. Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Ahad

Umat Islam di seluruh negara akan mula berpuasa pada Ahad, 2 Mac 2025


8. Ibu Zulfarhan reda, sedia maafkan enam bekas penuntut UPNM

Ibu kepada Pegawai Kadet Laut Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain reda dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengetepikan hukuman mati dan mengekalkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).


9. Penjawat awam boleh pilih waktu bekerja fleksi sepanjang Ramadan - Fahmi

Penjawat awam dibenarkan memilih waktu kerja fleksi sepanjang Ramadan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.


10. PM Anwar ajak umat Islam amal ihsan, adab bagi memaknai Ramadan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak umat Islam di negara ini untuk mengamalkan sikap ihsan dan beradab bagi memaknai ibadah pada bulan Ramadan.