ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 17 Mac 2025.


1. PM Anwar arah PTPTN bentang cadangan penambahbaikan, tingkat bayaran balik

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak pengurusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membentangkan cadangan penambahbaikan bagi mempertingkatkan kadar pembayaran balik tanpa membebankan peminjam, selepas Aidilfitri ini.



2. Proses e-penempatan pada 25-27 Mac dibatalkan, tarikh baharu akan diumum - KKM 

Proses e-penempatan melibatkan 2,245 pegawai perubatan yang dijadual pada 25 Mac hingga 27 Mac ini dibatalkan dan ditangguhkan ke satu tarikh baharu, yang akan diumumkan kelak.


3. Insiden tampar lelaki kerana makan di bulan Ramadan satu provokasi - Aaron Ago Dagang

Mangsa, Elijah, telah membuat laporan polis dan pihak PDRM akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.


4. Had tempoh PM 10 tahun bukan bahan politik perkauman sempit, dangkal - Anwar

Agenda mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun tidak wajar dijadikan bahan politik perkauman sempit dan dangkal.


5. Nuzul Quran: Masjid, surau digalakkan perbanyak aktiviti penghayatan al-Quran

Masjid di seluruh negara digalakkan memperbanyakkan aktiviti dan program bagi menggalakkan umat Islam untuk membaca al-Quran, bersempena dengan Nuzul Quran yang akan disambut hari ini.


6. Penuntut IPT parah ditikam rakan lelaki di dalam kampus

Seorang penuntut perempuan sebuah universiti, di sini, cedera parah dipercayai ditikam rakannya dalam satu kejadian di hadapan perpustakaan kampus universiti berkenaan pagi tadi.


7. 'Mangsa' sindiket penipuan pekerjaan rupanya ejen pemerdagangan manusia

Polis mengesahkan seorang daripada 25 rakyat Malaysia yang diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar Rabu lalu adalah ejen, lima adalah mangsa, manakala 20 yang lain sedang disiasat latar belakang mereka.


8. Polis terima 13 laporan berhubung hantaran hina Nabi Muhammad di Facebook

Polis menerima 13 laporan di seluruh negara berhubung hantaran menghina Nabi Muhammad S.A.W di Facebook milik seorang penulis buku yang juga usahawan wanita, baru-baru ini.


9. Azam Baki dilantik Profesor Adjung ARI UiTM

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki dilantik sebagai Profesor Adjung di Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI), Universiti Teknologi Mara (UiTM).


10. Sudah tiba masa Shah Firdaus jadi sandaran nombor satu negara

Kementerian Belia dan Sukan percaya sudah tiba masanya jaguh berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom menjadi sandaran utama Malaysia untuk menyinar pada kejohanan antarabangsa akan datang.