1. Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Polis menembak mati tiga penjenayah warga asing selepas menyerang sepasukan polis dalam kejadian di kawasan hutan Desa Vista, di Sepang, hari ini.
2. Isu kelulusan warganegara: “Ini fitnah, berniat jahat” - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan penyebaran berita palsu yang tersebar berkaitan isu kewarganegaraan dan menyifatkannya sebagai fitnah dan berniat jahat.
3. Aliff Syukri diperintah bela diri kes video sumbang lagu raya
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman diperintah untuk membela diri di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas empat pertuduhan memuat naik kandungan video raya kontroversi, tiga tahun lalu.
4. Empat ejen haram warga asing ditahan - Imigresen
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan empat individu dipercayai menjadi ejen haram warga asing dalam satu operasi khas di sekitar ibu negara pada Rabu dan Khamis lalu.
5. Empat filem seniwati Sarimah berjaya dikembalikan - Teo
Filem "Dia Ibuku", "Jejak Bertapak", "Kabus Tengah Hari" dan "Detik 12 Malam" diambil oleh syarikat produksi terlibat di bawah perjanjian tayangan pada 1989.
6. Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas hampir 6 jam, dipanggil semula Isnin ini
Keterangan beliau diambil bagi siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan empat pegawai kanan beliau yang telah ditahan.
7. Perancangan penyaluran air Sungai Perak ke Bukit Merah pada peringkat akhir - PM Anwar
erancangan projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) dan membekal air terawat ke Pulau Pinang kini berada pada peringkat akhir.
8. Cabaran Malaysia di All England berakhir
Cabaran Malaysia dalam saingan badminton All England berakhir selepas dua wakil terakhir negara, iaitu beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah dan beregu campuran profesional Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie tersingkir di peringkat suku akhir hari ini.
9. Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
10. SPRM buka dua kertas siasatan terhadap Sapura Energy
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka dua kertas siasatan selepas menerima maklumat berhubung pembayaran rasuah dan penyelewengan melibatkan syarikat penyedia penyelesaian minyak dan gas, Sapura Energy Berhad.
