ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Mac 2025.

1. Muhammad Shah Firdaus raih emas Piala Negara-Negara UCI

Ia adalah emas pertama dimenangi pelumba yang diberi julukan The Terminator itu pada kejohanan UCI.


2. PRK Ayer Kuning: PN umum calon selepas 20 Mac

Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menyatakan calon yang dipilih adalah calon tempatan.


3. DAP rakan setia Anwar Ibrahim, hanya ‘yes man’ kepada rakyat - Guan Eng

DAP hanya tunduk kepada pengundi dan rakyat Malaysia, bukan kepada individu atau pihak tertentu.


4. Kerajaan tidak campur tangan keputusan badan kehakiman - PM Anwar

Kerajaan tidak pernah sesekali campur tangan dalam sebarang keputusan membabitkan badan kehakiman.


5. Main isu kaum tindakan ‘desperado’, kononnya kerajaan tunduk dengan DAP - Anwar

Pihak yang sering memainkan sentimen perkauman untuk memecahbelahkan rakyat di negara ini hanya mengulangi tindakan lapuk.


6. Tiada negara boleh maju jika batu api isu kaum, agama - PM Anwar

Tiada negara di dunia yang boleh maju dan stabil jika terus berlaku pertembungan antara kaum dan agama.


7. Setuju had jawatan PM kepada 10 tahun, kalau 22 tahun boleh rosak negara - Anwar

Kerajaan sedia meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.


8. Ops Outlander: Penjawat awam terima habuan hingga RM15,000 bagi setiap sijil kelahiran

Seorang penjawat awam yang ditahan dalam Ops Outlander dipercayai menerima bayaran RM10,000 hingga RM15,000 bagi setiap sijil kelahiran yang dikeluarkan melalui sindiket pendaftaran lewat kelahiran.


9. Loke kekal Setiausaha Agung, Gobind dipilih Pengerusi dan Guan Eng Penasihat DAP

Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke mengekalkan kedudukannya sebagai Setiausaha Agung bagi penggal 2025-2028 dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang berlangsung sempena Kongres Kebangsaan DAP ke-18 hari ini.


10. Laporkan jika ada agamawan lakukan jenayah, langgar undang-undang

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata ia juga untuk membolehkan penggantungan atau penarikan semula tauliah mereka sekiranya disabitkan bersalah atas sesuatu jenayah.