1. TH umum agihan keuntungan lepas zakat RM2.92 bilion untuk 9.45 juta pendeposit
Ia merupakan kadar tertinggi dalam tempoh tujuh tahun sejak 2018.
2. Inflasi Malaysia meningkat secara perlahan pada Februari - DOSM
Kenaikan ini dipacu oleh peningkatan lebih perlahan dalam beberapa kumpulan utama perbelanjaan.
3. 12 buku bertentangan syariah, akhlak Islam dikenakan perintah larangan - MKI
Buku-buku tersebut didapati mengandungi ajaran dan fahaman yang boleh mengelirukan masyarakat Islam dan bertentangan dengan syariah dan akhlak Islam.
4. BKK Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam, RM250 untuk pesara dibayar minggu depan - PM
BKK Aidilfitri sebanyak RM250 pula akan dibayar kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta tidak berpencen.
5. Doktor didakwa rogol, lakukan persetubuhan luar tabii terhadap pembantu klinik
Dr Mohd Rafi'uddin Hamidon didakwa merogol wanita berusia 21 tahun itu di dalam bilik stor di sebuah klinik di Pantai Dalam pada 15 Mac lepas.
6. Perpindahan kuil: PM Anwar nasihat semua pihak jangan jadi jaguh
Pihak berkaitan isu perpindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman sedang berunding dan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan perkara itu bagi memastikan ia berjalan lancar.
7. RM50.61 juta untuk bantu mangsa banjir di Johor - Ahmad Zahid
Kerajaan Persekutuan melalui Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyalurkan dana bernilai RM50.61 juta bagi membantu mangsa banjir di Johor.
8. Polis siasat hantaran di laman sosial disyaki hina Islam - KPN
Polis sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pemilik dan pengendali akaun Facebook yang disyaki mengeluarkan kenyataan menghina Islam di laman media sosial itu, baru-baru ini.
9. Anwar umum Bantuan Khas Aidilfitri RM250 kepada guru KAFA, guru takmir, imam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM250 kepada guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut di negara ini.
10. Penerbangan pertama musim haji 1446H/2025M pada 29 April - TH
Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke tanah suci bagi musim 1446H/2025M dijadualkan pada 29 April.
