Rumah panjang Nyamok, Muara Serau, Sungai Gaat di Kapit sejak berdekad lamanya hanya boleh dihubungi melalui sungai.
Krew Astro Awani diketuai Ketua Pengarang, Kamarul Bahrin Haron berpeluang merasai sendiri pengalaman berbeza itu.
Terletak dua jam perjalanan dari Kapit melalui Sungai Rajang dengan menaiki bot laju, kawasan penempatan itu dikelilingi hutan belantara serta bukit bukau dan bagaikan penjara sekiranya tanpa kemudahan asas.
Sudah pasti harapan besar penduduk di kawasan itu adalah untuk melihat tempat membesar mereka terus dibangunkan dengan pelbagai fasiliti setara dengan kawasan-kawasan lain.
Menurut, Tuai Rumah, Nyamok Jab, sekiranya setiap rancangan pembangunan menjadi realiti, ia membolehkan mereka menjana pendapatan serta merancakkan ekonomi setempat.
“Kami amat harap kerajaan dapat menyediakan kemudahan jalan agar lebih senang.
“Dengan kemudahan itu, kami dapat meningkatkan ekonomi dengan menjual hasil-hasil tani seperti sayur-sayuran,” katanya.
Jelas ketua rumah kepada 200 penduduk itu lagi, kini mereka boleh menarik nafas lega apabila kawasan yang didiami mendapat perhatian pemimpin.
Bukan sahaja impian rumah panjang batu moden bakal terbina, tetapi pelbagai lagi pemerkasaan buat ratusan penduduk di kawasan tersebut bakal tercapai.
Antaranya mobiliti pengangkutan darat dan komunikasi jaringan data hingga ke pusat ekonomi di Kapit dan Sibu yang bakal membuka pelbagai potensi.
Namun, menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing yang berkesempatan turun ke lokasi pada Sabtu, taraf pendidikan anak muda rumah panjang juga tidak dilupakan.
“Saya mahu penduduk di rumah panjang mempunyai peluang pelajaran seperti saya kerana mereka juga bijak pandai. Mereka perlu dapat peluang itu,” ujarnya.
Buat Ahli Parlimen Hulu Rajang, Datuk Wilson Ugak Kumbong, beliau juga mempunyai visi dan inovasi yang jauh berwawasan buat kawasan tersebut.
Oleh itu Wilson sering menyuarakan permohonan pembangunan khasnya di Parlimen.
“Di Parlimen, saya sentiasa mengingatkan untuk tidak memperkecilkan kawasan Hulu Rajang yang mempunyai potensi besar,” kata Wilson.
Astro Awani
Sun Aug 30 2020

Rumah panjang Nyamok, Muara Serau, Sungai Gaat di Kapit hanya boleh dihubungi melalui sungai dan merupakan penempatan buat 200 penduduk. -Gambar Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 eratkan silaturahim - Zizan Razak
Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 adalah platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim antara selebriti dan masyarakat.

Projek kewartawanan Gen Z Astro AWANI raih sokongan Google
Projek ulung Astro Awani melibatkan generasi Gen Z dalam penghasilan berita ini berperanan mencorakkan peranan generasi baharu dalam dunia kewartawanan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.

Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.

ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.

All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.

Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.