ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 12 November 2024.


1. Lawatan sulung PM ke Amerika Latin, bakal terima pingat tertinggi Republik Peru

Lawatan yang akan bermula 13 November adalah seiring Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) yang ke-31.



2. Subsidi RON95: Sistem harga dua peringkat lebih baik berbanding levi petrol, bayaran tunai - Rafizi

Setakat ini kerajaan melihat kaedah dua peringkat (two-tier pricing) di stesen minyak merupakan kaedah terbaik, dan pelaksanaannya akan terus diperhalusi.


3. Kes buli ALK UPNM: Agong mahu Kementerian Pertahanan ambil serius kes berulang

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memandang serius kes buli yang berlaku di Akademi Latihan Ketenteraan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia sehingga mengakibatkan seorang penuntut mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang. 


4. Pelaburan 'Paddy Jewellery': Ibu empat anak didakwa tipu pesara

Seorang ibu kepada empat anak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa atas satu pertuduhan menipu pelaburan emas 'Paddy Jewellery' sebanyak RM26,750.


5. Mayat ibu dibalut dengan tuala, plastik, simpan dalam peti sejuk beku

Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dipercayai terbongkar selepas suspek membuat panggilan 999 kira-kira jam 9 pagi akibat masalah kesihatan kronik.


6. Jangan harap perlindungan jika ada terbabit kes rasuah - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini termasuk jika individu berkenaan mahu menjadi pemberi maklumat bagi membongkar mana-mana kes rasuah.


7. Dapatan audit, siasatan kerugian pelaburan FashionValet diguna tambah baik tatakelola Khazanah

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata kerajaan akan terus memberikan perhatian yang ketat serta memperkukuh tatakelola dan kawalan tadbir urus penggunaan dana awam. 


8. SPRM tahan warga asing bergelar Datuk disyaki kemuka butir matan palsu RM1.1 juta

SPRM Selangor menahan reman seorang pengarah syarikat bergelar Datuk disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu membabitkan permohonan kuota pekerja asing untuk kelulusan Kementerian Sumber Manusia bernilai kira-kira RM 1.1 juta. 


9. KPT bakal bincang dengan Mindef bagi tangani salah laku di UPNM 

KPT dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa langkah itu juga bertujuan untuk memastikan keselamatan pelajar di kampus tersebut terjamin dan agar insiden serupa tidak berulang. 


10. CyberSecurity rekod 5,181 insiden keselamatan siber setakat Oktober 

Sebanyak 5,181 insiden keselamatan siber direkodkan oleh pusat tindak balas insiden keselamatan siber (Cyber999) CyberSecurity Malaysia dari Januari hingga Oktober tahun ini.