ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 November 2024.


1. Tun Daim dilepas, dibebaskan tuduhan gagal isytihar harta

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dilepaskan dan dibebaskan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur daripada satu kes gagal mengisytiharkan lebih 70 harta pada Rabu.



2. Wanita dilapor hilang ditemukan selamat di Kuantan

Wanita berusia 42 tahun yang dilaporkan hilang di Seksyen 17 di sini pada Jumaat lepas ditemukan selamat.


3. Lelaki tersepit dalam nahas tujuh kenderaan di Lebuhraya NKVE

Seorang lelaki cedera dalam nahas membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 14.4 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) hala ke utara, laluan Subang ke Damansara dekat sini, pada Selasa.


4. Masih suami Isteri: "Ini bukan momen gembira untuk sesiapa" - Diana Danielle

Mahkamah mengesahkan status aktres itu dan aktor Farid Kamil masih suami isteri setelah kembali rujuk pada 31 Ogos tahun lalu.


5. 'Adakah ini penyalahgunaan kuasa?' soal Dr Mahathir

Dr Mahathir meluahkan kekecewaan beliau kerana sumbangan Daim hanya dihargai selepas Daim meninggal dunia.


6. SPRM sahkan bekas CEO Sabah Mineral Management dirakam percakapan

SPRM mengesahkan memanggil bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Mineral Management (SMM) Sdn Bhd, Jontih Enggihon bagi membantu siasatan.


7. Tiga kali berkhalwat, duda dihukum sebat depan khalayak ramai di masjid 

Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kamalruazmi Ismail memutuskan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Affendi Awang, 42, yang juga seorang tukang rumah mengaku salah atas dakwaan melakukan khalwat kali ketiga.


8. Markah D: Kerajaan terus laksana reformasi, tidak hanya tumpu segmen tertentu - Rafizi

Kerajaan Perpaduan sentiasa memberi keutamaan kepada reformasi dengan kini kerajaan sedang mengimbangi pengurusan kos sara hidup, pertumbuhan ekonomi dan pelbagai aspek lain.


9. 45 pegawai, anggota polis ditahan SPRM bagi tempoh Januari hingga September lepas 

Sebanyak 45 anggota dan pegawai PDRM ditahan SPRM bagi tempoh Januari hingga September tahun ini kerana disyaki menerima suapan dan salah guna kuasa, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.


10. MB Kedah sokong gesaan PM singkir Israel daripada PBB

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata sememangnya kewujudan negara rejim Zionis itu tidak pernah diiktiraf Malaysia dan idea perdana menteri itu merupakan sesuatu yang baik.