ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Januari 2025.


1. Konsert Pinkfish: Sah ada dadah dalam darah empat yang maut - Polis

Polis mengesahkan empat individu yang maut semasa menghadiri konsert Pinkfish di Bandar Sunway pada 31 Disember lalu, mempunyai kandungan dadah dalam darah mereka.


2. Sindiket curi bungkusan kurier tumpas

Polis menumpaskan sindiket curi bungkusan oleh pekerja sebuah syarikat kurier selepas menahan tujuh individu termasuk seorang wanita dalam beberapa siri serbuan di Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan.


3. Akauntan warga emas rugi RM460,888 terpedaya pelaburan bitcoin

Seorang warga emas berputih mata apabila kerugian RM460,888 selepas terpedaya pelaburan bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan.


4. Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina

Larangan itu akan dikuatkuasakan pada 27 dan 28 Jan (sebelum perayaan) serta pada 1 dan 2 Feb (selepas perayaan).


5. Gencatan senjata Gaza bermula 8.30 pagi Ahad - Qatar

6. Tiga suspek jenayah samun, curi kenderaan mati ditembak polis di Rawang

Tiga individu, dua daripadanya rakyat tempatan, yang disyaki aktif dalam kegiatan menyamun dan mencuri kenderaan, mati ditembak polis di Persiaran Kota Emerald.


7. Lawatan kerja PM Anwar ke London raih potensi pelaburan RM11 bilion

Lawatan kerja pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim ke London, United Kingdom (UK) berjaya menarik potensi pelaburan bernilai RM11 bilion dalam pelbagai sektor, termasuk tenaga boleh baharu dan ekonomi digital.


8. Op Sky: Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, empat pegawai bank yang ditahan itu merupakan individu terbaharu.


9. Tiga ditahan disyaki pukul OKU langgar gerai pasar tani

Polis menahan tiga lelaki bagi susulan kejadian lelaki orang kurang upaya (OKU) dipukul di tapak jualan pasar tani di Chukai, Kemaman, Terengganu, pada Jumaat.


10. Tipu umrah: MOTAC teliti wajibkan syarikat pengendali punyai jaminan bank RM250,000

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang meneliti secara menyeluruh pelaksanaan mewajibkan syarikat pengendali umrah mempunyai jaminan bank sekurang-kurangnya RM250,000.