ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 30 Disember 2024.


1. Banjir Kelantan: Jalan terputus, tanah runtuh jejas perhubungan jalan darat

Insiden ini bukan sahaja melumpuhkan pergerakan penduduk setempat, tetapi juga meningkatkan risiko keselamatan di kawasan berkenaan.



2. Beberapa perkhidmatan Maybank tergendala sementara 31 Disember

Maybank akan menjalankan penyelenggaraan sistem utama pada 31 Disember 2024 dari jam 11.30 malam hingga 11.59 malam.


3. Takungan air pecah: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh bantu penduduk

Pasukan sukarelawan daripada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh telah digerakkan bagi menghulurkan bantuan kepada penduduk di Taman Seri Alam.


4. Amang seksual fizikal: PU Azman dipenjara enam tahun, satu sebatan

Bekas pendakwah selebriti Azman Syah Alias dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, terhadap satu lagi pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang remaja lelaki 17 tahun, tujuh tahun lepas.


5. 2024: Malaysia ukir kejayaan di pentas global - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rangkaian lawatan rasmi ke luar negara serta kunjungan pembesar dunia ke Malaysia sepanjang tahun ini telah memperkukuh hubungan dengan negara-negara sahabat, melonjak pelaburan dan eksport serta menjulang negara di persada dunia.


6. JPJ laksana Op Mengejut Puspakom di seluruh negara hari ini

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan Op Mengejut Puspakom serentak di seluruh negara bermula 9.30 pagi Isnin  melibatkan 350 pegawai dan anggota bagi memastikan setiap kenderaan diperiksa di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) mematuhi standard yang ditetapkan.


7. Kerjasama Malaysia-China harus diperluas ke sektor baharu - PM Anwar

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pentingnya memperkukuh dan memperluas kerjasama antara Malaysia dan China ke sektor baharu termasuk tenaga, sains dan teknologi hijau yang meraikan "jubli emas" hubungan diplomatik pada tahun ini.


8. Iswardy Morni didapati bersalah hina Agong

Seorang aktivis didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen kerana mengeluarkan kenyataan menerusi laman sosial Facebook miliknya yang berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, tiga tahun lepas.


9. Fahmi Reza hanya disiasat, belum direman - Pesuruhjaya Polis Sabah 

Perkara itu disahkan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun sekali gus menafikan dakwaan Borneo Komrad bahawa aktivis tersebut ditahan reman.


10. Johor kembali dilanda banjir, Kelantan dan Terengganu beransur pulih

Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu beransur pulih dengan pengurangan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS), manakala Johor kembali dilanda bencana alam itu akibat hujan lebat petang Isnin.