ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 31 Disember 2023.


1. Perdana Menteri Singapura umum ekonomi berkembang 4.0 peratus pada 2024

Ekonomi Singapura berkembang sebanyak 4.0 peratus pada 2024, melebihi jangkaan, menurut Perdana Menteri Lawrence Wong.



2. Polis Filipina rampas lebih 535,000 mercun menjelang tahun baharu

Polis Kebangsaan Filipina (PNP) merampas lebih 535,000 mercun haram bernilai lebih PHP2.5 juta (AS$45,000) bagi memastikan sambutan malam Tahun Baharu lebih selamat.


3. Presiden Indonesia Prabowo arah henti import beras, garam, gula dan jagung pada 2025

Presiden Indonesia Prabowo Subianto mengarahkan menterinya untuk menghentikan import beras, garam, gula dan jagung pada 2025.


4. GPM Malaysia lancar rayuan bantuan musim sejuk, sasar raih RM1 juta untuk Gaza, Syria

GPM menyasarkan kutipan sebanyak RM1 juta sehingga 15 Januari depan untuk menyediakan barangan keperluan asas seperti selimut, pakaian musim sejuk, alat pemanas, bahan bakar, dan bekalan makanan.


5. 2 rakyat Malaysia cedera ringan dalam kemalangan bas di Norway - Wisma Putra

Kedua-dua individu mengalami kecederaan ringan dan telah meneruskan perjalanan di Norway tanpa sebarang komplikasi lanjut.


6. 174 mayat mangsa nahas pesawat Jeju Air telah dikenal pasti

Daripada 32 mangsa yang gagal dikenal pasti melalui cap jari, 17 mangsa dikenal pasti menerusi ujian DNA pertama, manakala 10 lagi dikenal pasti dalam ujian DNA kedua.


7. Pengebumian negara untuk Jimmy Carter pada 9 Jan, jabatan kerajaan ditutup

Hari Berkabung Negara diumumkan bagi menghormati Carter, yang digambarkannya sebagai seorang "lelaki berprinsip, jujur dan rendah hati."


8. PBB kecam operasi ketenteraan Israel sasarkan hospital di Gaza

PBB menegaskan pendirian dengan mengutuk sebarang tindakan yang menyasarkan orang awam dan infrastruktur awam, termasuk hospital.


9. Barangan kemas bernilai lebih RM50 juta, beg Hermes dicuri dari sebuah rumah di London

Pencuri melarikan barangan kemas bernilai RM58.2 juta, beg Hermes Crocodile Kelly bernilai RM840,000 dan wang tunai sebanyak RM84,000.


10. Singapura turun tarif elektrik, gas bermula Januari hingga Mac 2025

Isi rumah yang dibekalkan oleh SP Group bakal menyaksikan pengurangan tarif elektrik sebanyak 3.4 peratus berbanding suku tahun sebelumnya.