ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 28 Januari 2025. 


1. Coca-Cola tarik balik minuman di Eropah

Coca-Cola menarik balik beberapa produk yang dijual di beberapa negara Eropah selepas tahap klorat yang tinggi dikesan.



2. Ketua PBB gesa bantuan luar AS diteruskan susulan pengumuman Trump

Ketua PBB menyuarakan kebimbangan berhubung pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenai pembekuan bantuan baharu kepada negara lain.


3. ASEAN terima 123 juta pelancong asing tahun lalu

Negara-negara ASEAN menerima lebih 123 juta pelancong asing pada tahun lalu yang menyaksikan peningkatan sebanyak 30.6 peratus berbanding tahun 2023.


4. PM Thailand dijangka keluar arahan lanjut atasi masalah jerebu

Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra dijangka mengeluarkan arahan lanjut dalam mesyuarat kabinet dalam usaha menangani masalah jerebu pada Selasa.


5. Wanita warga Singapura buat laporan palsu dakwa cuba diculik

Perkara itu disahkan berdasarkan hasil siasatan menerusi bukti-bukti teknikal dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.


6. Bekas pemain kelab Indonesia, Belgium ditahan atas penyeludupan kokain

Pemain berusia 36 tahun itu merupakan salah seorang suspek yang diberkas polis selepas melakukan serbuan berskala besar di seluruh negara.


7. Ribuan pendatang beratur di luar pejabat pelarian Mexico

Dianggarkan 1,500 migran haram dari Haiti dan Venezuela berdiri dalam barisan panjang di luar kemudahan sementara pejabat pelarian Mexico (COMAR) berhampiran Mexico City pada Isnin.


8. Penyanyi legenda Indonesia, Emilia Contessa meninggal dunia

Allahyarham Emilia menghembuskan nafas terakhir pada usia 67 tahun akibat penyakit kencing manis.


9. Gencatan senjata Lubnan-Israel kekal hingga 18 Februari ini

Perjanjian antara Lubnan dan Israel, yang dipantau oleh AS, akan terus berkuat kuasa sehingga 18 Februari depan.


10. Lebih 200 syarikat di UK beralih kerja 4 hari seminggu

Ia meliputi pelbagai sektor termasuk agensi pemasaran, firma IT dan perundingan serta badan amal, dengan jumlah pekerja melebihi 5,000 orang.