ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 29 Disember 2024.


1. 'Titah Adendum memang wujud' - Anak sulung Najib

Datuk Muhammad Nizar menegaskan tiada mana-mana pihak yang pernah menafikan kewujudan titah berkenaan.



2. JPS ramal banjir melanda Kuantan, Pekan dan Rompin

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) meramalkan banjir membabitkan Kuantan, Pekan dan Rompin.


3. Kapten Burnley nafi ada pertalian darah dengan Malaysia

Brownhill berkata dia hanya memiliki kewarganegaraan England dan tiada kaitan dengan Malaysia.


4. Nahas Jeju Air: Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat

Kedutaan Besar Malaysia di Seoul mengesahkan tiada rakyat Malaysia berada di dalam pesawat Jeju Air 7C2216 yang terlibat nahas pagi tadi.


5. PM Anwar ucap takziah kepada keluarga mangsa nahas Jeju Air

Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Korea Selatan dan Thailand yang sedang berduka susulan tragedi yang menimpa pesawat Jeju Air 7C2216 pagi Ahad.


6. Presiden FAM: Tokoh korporat Syaf Ismail sedia jadi calon 'wild card'

Tatkala beberapa nama besar disebut-sebut untuk merebut jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), seorang tokoh korporat turut menyuarakan hasrat untuk bersaing dalam kongres pemilihan pada 15 Feb depan.


7. Polis sahkan terima laporan aktiviti mencurigakan di tanah perkuburan Danau Kota

Polis Daerah Wangsa Maju mengesahkan menerima satu laporan berhubung video tular sekumpulan individu yang didakwa melakukan aktiviti mencurigakan di sebuah tanah perkuburan di Danau Kota pada Sabtu.


8. Terlalu banyak kenangan, Kak Ogy akui tak kuat nak tonton filem 'Hati Batu'

PELAKON Fauziah Ahmad Daud akui tidak kuat untuk menonton kembali filem Hati Batu lakonannya bersama arwah adik lelaki, Fazal Ahmad Daud.


9. Pengampunan Diraja: Adam Adli gesa Dr Akmal tarik semula kenyataan

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh digesa untuk menarik balik kenyataannya yang mempertikaikan pengampunan diraja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


10. JKNNS akui berlaku kelewatan kemasukan pesakit ke wad HTJ, ambil tindakan segera

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) mengakui terdapat kelewatan kemasukan sebahagian pesakit ke wad di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini pada Jumaat lepas dan menyesali situasi itu.