KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bakal dihadapkan di Mahkamah Siber di sini, pada 3 Jan ini berhubung kes penghinaan terhadap Kerabat Diraja Pahang.

Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman memaklumkan, pertuduhan kes dibuat terhadap seorang lelaki berusia 40 tahun yang dipercayai menghina Kerabat Diraja Pahang di akaun Instagram milik kerabat itu.

“Pertuduhan bakal dibuat di Mahkamah Siber (MSJ 4), Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur kira-kira jam 9 pagi, esok,” jelas USJT dalam pesanan di aplikasi Whatsapp kepada Astro AWANI.

Jelas USJT, kes itu disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukan denda tidak melebihi RM 50,000.00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.