ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Disember 2024.


1. Ketua Polis Negara saman Papagomo kes fitnah
 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memfailkan notis tuntutan saman terhadap blogger kontroversi, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris. 


2. Tiada kenaikan tarif elektrik - TNB
 

Tiada sebarang kenaikan tarif elektrik kepada 85 peratus pengguna domestik sehingga 30 Jun tahun hadapan, kata Ketua Pegawai Kewangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Nazmi Othman. 


3. Penunggang motosikal maut, polis buru pemandu lori larikan diri
 

Polis buru pemandu lori yang dipercayai terbabit dalam kemalangan melibatkan kematian seorang penunggang motosikal di kilometer (KM) 29.3 Lebuhraya Linkedua (Arah Tol Senai Utara) pada Jumaat. 


4. Polis buru 2 penjenayah rompak kedai emas dalam pusat beli-belah terkenal
 

Suasana di sebuah pusat beli belah terkenal di Banda Hilir kecoh seketika apabila dua lelaki berjaket hitam tekad melakukan rompakan kedai emas ketika ia dipenuhi pengunjung, petang semalam. 


5. Tahanan rumah: Najib perlu kemuka permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu mengemukakan permohonan baharu kepada Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong sekiranya ingin menghabiskan baki hukuman kepada tahanan di rumah.


6. Hukuman sebat bukan bertujuan menghukum secara kejam - Ketua Hakim Syarie


Pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah syariah di Terengganu tidak bertujuan untuk menghukum secara kejam tetapi lebih kepada mendidik, mencegah dan menyedarkan masyarakat tentang kepentingan menjaga nilai-nilai agama.


7. Lebih 1,400 kematian akibat kemalangan babit lori


Sebanyak 1,457 kematian dicatatkan dalam 3,500 kemalangan membabitkan lori di seluruh negara sejak Januari 2019 hingga November lepas, kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.


8. CEO FAM: Tokoh korporat paling layak, Tony Fernandes calon sesuai - Penganalisis


Tokoh korporat dilihat sebagai individu paling layak untuk mengisi kerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pertama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

9. 'Becoming Hannah': 7 laporan polis dibuat terhadap Hannah Yeoh


Polis sudah menerima tujuh laporan terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berhubung penerbitan buku berjudul Becoming Hannah yang didakwa mengandungi unsur penyebaran agama Kristian secara halus.


10. Kestabilan politik, kerjasama berkesan antara fokus untuk ASEAN - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keyakinannya dalam usaha menggalakkan kerjasama antara China dan negara-negara rantau ASEAN ketika Malaysia bersiap sedia untuk menyandang jawatan sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2025.