ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Disember 2024.


1. Pembangkang Korea Selatan rancang dakwa PM Han Duck Soo

Di tengah-tengah pergolakan politik yang berterusan di Korea Selatan, parti pembangkang terbesar negara itu dilaporkan merancang untuk memulakan prosiding pendakwaan terhadap Perdana Menteri Han Duck Soo selepas Presiden negara itu, Yoon Suk Yeol, digantung tugas awal bulan ini.



2. Gaza tempat paling bahaya untuk hantar bantuan

Ketua Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Tom Fletcher memberi amaran mengenai krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza, dengan menyifatkan kawasan itu sebagai tempat paling berbahaya untuk penghantaran bantuan, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).


3. Mexico sokong Panama susulan ancaman Trump untuk ambil semula Terusan Panama

Presiden Mexico Claudia Sheinbaum, menyatakan sokongan terhadap Panama selepas Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengancam untuk mengambil semula kawalan ke atas Terusan Panama.


4. Letupan di kilang bahan letupan di barat Turkiye ragut 12 nyawa

Letupan di sebuah kilang pengeluaran bahan letupan di wilayah Balikesir, barat Turkiye, pada Selasa mengorbankan 12 nyawa dan mencederakan beberapa yang lain.


5. UNIFIL seru percepat pengunduran tentera Israel dari selatan Lubnan

Mejar Jeneral Aroldo Lazaro Saenz, Ketua Misi dan Komander Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL), menegaskan kepentingan mempercepatkan kemajuan pengunduran tentera Israel dari selatan Lubnan serta memperkukuh penempatan tentera Lubnan di wilayah itu.


6. PBB minta pendapat nasihat ICJ mengenai kewajipan Israel di wilayah Palestin yang diduduki

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin secara rasmi meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memberikan pendapat nasihat mengenai kewajipan Israel sebagai kuasa pendudukan berhubung kehadiran dan aktiviti PBB, organisasi antarabangsa lain dan negara ketiga di wilayah Palestin yang diduduki.


7. Bangladesh minta ekstradisi Sheikh Hasina dari India

Bangladesh memohon agar bekas perdana menteri Sheikh Hasina diekstradisi dari India.


8. Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendedahkan rundingan pembebasan tebusan dengan Hamas semakin mencapai kemajuan.


9. London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan

London dijangka menjadi "ibu kota global yang tidak dipertikaikan untuk sukan wanita" pada tahun hadapan, menurut Datuk Bandar Sadiq Khan.


10. Pesawat SWISS Airbus lakukan pendaratan cemas akibat asap dalam kabin dan kokpit

Sebuah pesawat Airbus milik syarikat penerbangan SWISS yang dalam perjalanan dari Bucharest ke Zurich pada Isnin terpaksa melakukan pendaratan cemas di Austria akibat masalah enjin dan asap di dalam kabin dan kokpit, menyebabkan 17 individu memerlukan rawatan perubatan.