KUALA LUMPUR: Hujan lebat berterusan dijangka melanda seluruh Terengganu sehingga esok mengikut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).


Ringkasan AI
  • Hujan lebat berterusan dijangka melanda seluruh Terengganu sehingga esok. Keadaan cuaca sama juga diramal berlaku di Kuantan, Pahang serta beberapa daerah di Kelantan seperti Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, dan Kuala Krai.
  • MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Kelantan, termasuk Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, dan Gua Musang, serta di Jerantut, Maran, Pekan, dan Rompin di Pahang, dan Mersing di Johor.
  • Amaran hujan berterusan juga dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Sabah, termasuk Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran, dan Sandakan), dan Kudat.


MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 12.30 tengah hari ini memaklumkan keadaan cuaca sama juga diramal berlaku di Kuantan, Pahang serta Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan.

Selain itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan meliputi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Gua Musang sehingga esok.

Jerantut, Maran, Pekan dan Rompin di Pahang serta Mersing di Johor juga diramal mengalami keadaan cuaca sama.

Amaran sama juga dikeluarkan bagi Sabah melibatkan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Sandakan) dan Kudat.

-- BERNAMA