ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 26 Disember 2024.


1. 20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang

Tanggal 26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong, apabila ia turut dibadai ombak besar.



2. Dua Dekad Tsunami: Penduduk Kota Kuala Muda imbau tragedi, masih trauma

Tanggal 26 Disember 2004, berlaku gempa 9.1 pada skala Richter menjadikan ia antara gempa terkuat dalam sejarah moden.


3. Tragedi tukar pemandu, dua penuntut UTeM maut

Dua pelajar perempuan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh besi penghadang di Kilometer (KM) 187.6 Lebuhraya Utara Selatan, arah Utara, pada Khamis.


4. PM Anwar mahu lebih banyak produk pelancongan papar kisah legenda, sejarah tempatan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap lebih banyak inisiatif dilakukan dalam mengetengahkan kisah legenda tempatan dan sejarah tanah air sebagai tarikan pelancong ke Malaysia.


5. Panjat tingkap tandas, pelajar universiti awam maut tergelincir dari tingkat 33

Seorang penuntut perempuan sebuah universiti tempatan maut selepas terjatuh dari tingkat 33 sebuah apartmen di Kajang, pada Rabu.


6. Telegram, WeChat mula proses pelesenan, MCMC puji usaha tingkat keselamatan siber 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata, ia bagi memenuhi keperluan pelesenan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 bertujuan meningkatkan keselamatan dalam talian.


7. Sudah merdeka 67 tahun, masih ada kekurangan penguasaan bahasa kebangsaan - DBP

Walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan selama 67 tahun, isu penguasaan bahasa kebangsaan masih menjadi antara isu utama dalam kalangan masyarakat, kata Ketua Bahagian Perkamusan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Abdul Ghani Abu.


8. UTeM bantu urus dua penuntut maut kemalangan 

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) membantu menguruskan proses menghantar pulang jenazah dua pelajarnya yang terkorban dalam nahas jalan raya di Kilometer 187.6 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, pagi Khamis.


9. Majlis Peguam gesa Terengganu, Kerajaan Pusat pertimbang semula sebatan di khalayak ramai 

Majlis Peguam Malaysia hari ini menggesa kerajaan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan untuk mempertimbangkan semula amalan sebat di khalayak ramai dengan menyemak dan meminda undang-undang yang membenarkan hukuman itu bagi memastikan ia berkadar, rehabilitatif dan menghormati maruah manusia.


10. Perhilitan sahkan kehadiran harimau berhampiran kampung Orang Asli Sungai Choh 

Perhilitan) Perak mengesahkan menerima aduan berhubung serangan harimau belang terhadap lembu ternakan penduduk di kawasan berhampiran Kampung Orang Asli Sungai Choh, Ulu Kinta pada Rabu.