Ketua Polis Daerah Pendang, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, kesemua mangsa yang maut dalam kemalangan yang berlaku kira-kira jam 11.20 malam itu berusia 14, 34 dan 52 tahun.
“Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal berusia 14 tahun cuba memotong sebuah kereta sebelum bertembung dengan motosikal dinaiki pasangan suami isteri dari arah bertentangan.
"Akibat perlanggaran, wanita yang membonceng motosikal bersama suaminya tercampak ke lorong kanan dan dilanggar oleh sebuah kereta.
"Kesemua penunggang dan pembonceng motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu kereta tidak cedera," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Rodzi berkata, ketiga-tiga mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat.