1. Lagi kes penuntut IPTA dipukul beramai-ramai, tiga suspek direman tiga hari
Mangsa mengalami kecederaan pada telinga, luka dan bengkak di atas kening sebelah kanan, lebam di bahagian tangan dan kaki kiri serta kesan merah pada perut dan tengkuk.
2. Along Cham mengaku tidak bersalah miliki ganja
Hakim tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan prosiding serahan laporan kimia pada 27 Januari tahun depan.
3. Operator feri akan diberi subsidi diesel, janji jangan naik tambang - Loke
Kerajaan akan memberi subsidi diesel kepada pengusaha feri dan bot penumpang serta perkhidmatan feri RORO di beberapa pulau utama negara berkuat kuasa 1 Januari 2025.
4. Kabinet setuju secara prinsip teruskan pencarian MH370 dengan Ocean Infinity
Kerajaan bersetuju secara prinsip menerima tawaran syarikat dari United Kingdom, Ocean Infinity untuk meneruskan operasi pencarian dasar laut bagi mengesan bangkai pesawat MH370.
5. Kerajaan perlu berhemah, perbelanjaan semakin meningkat - PM Anwar
Kerajaan perlu berbelanja dengan berhemah dan mengambil langkah berjimat cermat untuk menampung perbelanjaan negara yang semakin meningkat.
6. BNM umum dua langkah kurangkan beban kenaikan bayaran premium insurans
Bank Negara Malaysia (BNM) melaksanakan dua langkah interim bagi mengurangkan beban kewangan pemegang polisi insurans, susulan kenaikan pembayaran premium.
7. Rosmah lepas dan bebas: 'Kerajaan tak campur tangan' - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak campur tangan dalam keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 12 tuduhan pengubahan wang haram dan lima kes gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
8. Tiada kenaikan tarif elektrik pengguna Semenanjung 1 Jan-30 Jun 2025
Kerajaan memutuskan tiada kenaikan tarif elektrik kepada semua pengguna di Semenanjung menerusi pelaksanaan kadar pelepasan kos tidak seimbang (ICPT) bagi tempoh 1 Jan hingga 30 Jun tahun depan.
9. BWF gantung Liew Daren, Jerry Gan kerana pertaruhan, atur perlawanan
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) telah menggantung bekas pemain perseorangan lelaki negara Liew Daren dan bekas penganalisis prestasi Institut Sukan Negara (ISN) Jerry Gan, selepas mereka didapati bersalah terbabit dalam kegiatan pertaruhan dan pengaturan perlawanan.
10. Piala AMEC: Singapura tamatkan perjalanan Harimau Malaya
Keputusan seri tanpa jaringan cukup untuk memastikan Singapura menamatkan perjalanan Malaysia dalam saingan Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat malam.