1. Rosmah bebas 12 kes ubah wang haram lebih RM7 juta, lima kes LHDN
Hakim K Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rosmah untuk membatalkan semua kes itu.
2. Pelakon Lan Zailan meninggal dunia
Pelakon Lan Zailan disahkan meninggal dunia akibat kanser kira-kira pukul 4.21 pagi Khamis di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
3. Kes ganja: Reman pelawak dilanjut empat hari, rujuk pejabat pendakwaan
Lanjutan sehingga Ahad itu dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan di Mahkamah Majistret Teluk Datok di Banting.
4. Fitnah KPN: Papagomo selesai rakam keterangan, pilih jawab 37 soalan di mahkamah
Muhammad Azri Wan Deris didakwa memfitnah serta mengaibkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, baru-baru ini.
5. 1BestariNet: SPRM sahkan tiada unsur jenayah, tiada pertuduhan
SPRM sudah menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) bahawa tiada pertuduhan akan dikenakan berhubung pelaksanaan kontrak projek 1BestariNet.
6. Anak Abuya, isteri didakwa cuba hina Islam
Muhammad 'Athoullah As'aari, 39, dan isterinya, Ummu Habibah Raihan,41, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah.
7. Pau Marti persoal tindakan FAM umum jurulatih baharu
Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente mengakui pelik dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan jurulatih baharu ketika skuad negara masih mengharungi kejohanan Piala ASEAN.
8. Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia, permohonan maaf memadai - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan pemohonan maaf daripada pihak penaja Lee Zii Jia, Victor berhubung isu Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain itu sudah memadai dan enggan memanjangkan isu berkenaan.
9. Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN
Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk "Ketinggian Islam wajib dipertahankan" pada 20 Feb lepas.
10. Polis rekod keterangan Fahmi Reza isu pelantikan Musa Aman
Polis merekod keterangan aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza untuk siasatan karikatur serta kenyataan berbaur memperlekehkan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah.