ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 Disember 2024.


1. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Thailand siasat pegawai benarkan Thaksin jalani hukuman di hospital, bukan penjara

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan (NACC) Thailand memutuskan untuk menyiasat beberapa pegawai kerajaan yang dituduh membenarkan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra tinggal di hospital dan bukannya penjara.



2. Filipina sedia bawa pulang warganya, banduan hukuman mati - Menteri Indonesia

Pihak berkuasa Filipina bersedia membawa pulang Mary Jane Veloso, banduan yang dijatuhkan hukuman mati di Indonesia atas kesalahan menyeludup dadah, menurut Menteri Penyelaras Bidang Undang-Undang, Hak Asasi Manusia, Imigresen dan Hal Ehwal Penjara, Yusril Ihza Mahendra.


3. Pelantikan Thaksin sebagai penasihat tidak rasmi disifatkan sebagai jambatan penghubung ASEAN - Mohamad

Pelantikan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, sebagai penasihat tidak rasmi untuk membantu Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan, dianggap sebagai jambatan penghubung dalam memperkukuh kerjasama antara rantau ASEAN dengan kuasa besar global.


4. Hampir 1 juta penduduk Palestin berdepan musim sejuk tanpa tempat perlindungan

Majlis Pelarian Norway (NRC) melaporkan hanya 285,000 penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di Gaza telah menerima bahan asas perlindungan setakat akhir November.


5. 11 warga India ditemukan maut di sebuah restoran di Georgia

Sebelas warga India ditemukan maut di sebuah restoran di kawasan peranginan pergunungan Gudauri, Georgia.


6. Lawatan ke Malaysia buka jalan pelaksanaan projek bersama, keterjaminan makanan - Paetongtarn

Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra berkata, pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengukuhkan hubungan dua hala dan membuka jalan untuk mempercepat pelaksanaan projek bersama.


7. Menteri Kewangan Kanada letak jawatan selepas ‘bertelagah’ dengan PM Trudeau mengenai tarif Trump, perbelanjaan

Menteri Kewangan Kanada, Chrystia Freeland, meletakkan jawatan pada Isnin selepas berselisih faham dengan Perdana Menteri, Justin Trudeau mengenai isu menangani kemungkinan tarif Amerika Syarikat (AS), memberi tamparan tidak diduga kepada kerajaan yang sudah sedia tidak popular.


8. BRICS semak permohonan keahlian Syria jika pihak berkuasa baharu sahkan - Diplomat

Blok Ekonomi Organisasi Antara Kerajaan, Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan (BRICS) akan meneliti permohonan penyertaan Syria jika pihak berkuasa baharu negara itu mengesahkannya, kata Timbalan Menteri Luar Rusia merangkap Sherpa Rusia dalam BRICS.


9. Bashar al-Assad dakwa lari ke Rusia selepas Damsyik ditawan

Bekas Presiden Bashar al-Assad mendakwa, beliau melarikan diri dari Syria selepas Damsyik jatuh dan menyifatkan pemimpin baharu negara itu sebagai 'pengganas.'


10. Bekalan elektrik terputus, beberapa kedutaan di Vanuatu musnah akibat gempa

Beberapa bangunan kedutaan di negara kepulauan Pasifik, Vanuatu, musnah akibat gempa bumi berukuran 7.3 magnitud pada Selasa.