ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.


1. Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC

Datuk Seri Tiong King Sing memaklumkan bahawa beliau tidak boleh memuaskan hati semua pihak susulan beberapa pihak mendesaknya meletak jawatan sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).



2. Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu

Seorang lelaki yang dikehendaki pihak berkuasa maut selepas berbalas tembakan dengan sepasukan polis di Jalan Jeram Pasu di sini awal pagi tadi.


3. Pulau Pinang muncul hab pelancongan perubatan di Asia Tenggara

Pulau Pinang muncul sebagai hab pelancongan perubatan di Asia Tenggara sejak 10 tahun lepas berikutan kejayaan menarik kunjungan pesakit dari seluruh dunia terutamanya Indonesia, Singapura, dan China.


4. 'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, bahawa beliau tidak berdendam terhadap pihak yang didakwa merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga dituduh melakukan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


5. Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Keluarga Diraja Arab Saudi mahu pun kerajaan negara itu tidak pernah mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menafikan bahawa dana yang diterimanya dalam akaun AmIslamicnya sebenarnya adalah derma.


6. Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.


7. Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis

Bapa kepada jenazah bayi yang dibekukan selama 16 hari, Muhammad Adham Mikail, dilapor telah membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara pada Jumaat.


8. Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng

Lim Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis berhubung permohonan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah Pengerusi DAP itu, tahun lalu.


9. BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi

Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan penyelesaian terhadap isu kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.


10. Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini

Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).