ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Disember 2024.


1. Menteri Kesihatan sahkan Tok Mat akan dikenakan kompaun kesalahan merokok di restoran 

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan, Kementerian Kesihatan akan mengenakan tindakan terhadap Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan atas kesalahan menghisap rokok di sebuah premis makanan. 



2Wan Saiful tidak kelirukan Dewan Rakyat - Parlimen

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mengesahkan bahawa kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, mengenai tawaran untuk menyokong perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengelirukan Dewan Rakyat.


3. Kes gangguan seksual profesor: UM sah terima laporan, persatuan kakitangan gesa siasatan telus

Universiti Malaya (UM) mengesahkan menerima laporan kes gangguan seksual yang didakwa melibatkan seorang profesor di universiti berkenaan.


4. Harga runcit RON95 dan diesel kekal, RON97 naik 3 sen

Harga runcit RON95 kekal tidak berubah pada RM2.05 seliter, manakala harga RON97 meningkat tiga sen seliter daripada RM3.19 kepada RM3.22 seliter bagi tempoh 19 hingga 25 Dis.


5. Amerika Syarikat serah 2 rakyat Malaysia ditahan di Teluk Guantanamo

Amerika Syarikat (AS) telah menyerahkan dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Tahanan Teluk Guantanamo, Cuba, sejak 2006.


6. 12 penuntut universiti ditahan disyaki pukul pelajar bergilir-gilir

Polis menahan 12 penuntut sebuah universiti awam bagi membantu siasatan kes seorang pelajar lelaki yang dipukul secara bergilir-gilir hingga cedera.


7. Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus

Presiden DAP Lim Guan Eng memfailkan rayuan terhadap sebahagian keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin membayar ganti rugi RM1.35 juta kepadanya kerana memfitnah berhubung pembatalan pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary.


8. Malaysia bakal laksana rangkaian komunikasi LTE-R 4G sepanjang jajaran ECRL - Loke

Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G di sepanjang jajaran East Coast Rail Link (ECRL).


9. Gagal serah waran tangkap, Hot Daddy, dua wanita dilepas tanpa dibebas

Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas tanpa membebaskan seorang lelaki dikenali sebagai Hot Daddy dan dua rakan wanitanya daripada pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan, menjual rakaman video lucah serta memiliki bahan lucah.


10. 1BestariNet: Tiada pertuduhan dikenakan oleh SPRM - YTL

YTL Power International Bhd mengumumkan bahawa tiada pertuduhan akan dikenakan kepada anak syarikatnya YTL Communications Sdn Bhd berkaitan dengan projek 1BestariNet oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).