ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 Disember 2024.


1. Bayaran haji naik 20 peratus bagi B40 dan M40, kos haji kekal RM33,300

Bayaran haji bagi tahun 2025 naik 20 peratus bagi jemaah haji Muassasah kumpulan B40 dan M40 susulan peningkatan kos penginapan, penerbangan dan caj perkhidmatan di Tanah Suci.



2. Peter Cklamovski dilantik Ketua Jurulatih Kebangsaan, Nafuzi Zain terajui B-23 Harimau Malaya

Dalam usaha memperkasakan skuad bola sepak kebangsaan, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan dua individu penting yang akan menerajui struktur organisasi baharu skuad Harimau Malaya.


3. Farid Kamil enggan cerai Diana Danielle, mahkamah perintah lantik Jawatankuasa Pendamai

Pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle diperintah melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) oleh Mahkamah Rendah Syariah, di sini, sebentar tadi.


4. Lonjak empat anak tangga, FeiDin kini beregu ketiga dunia

BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani melonjak empat anak tangga untuk menghuni tangga ketiga dunia.


5. 'Lebih baik Tengku Zafrul sertai PKR daripada pilih pembangkang' - MB Selangor

Bagaimanapun beliau berkata, ia perlu melalui perbincangan antara parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan dengan melihat dalam kerangka yang lebih besar.


6. Khalwat berulang: Hukuman sebat depan khalayak dilaksana 27 Dis

Pelaksanaan hukuman sebat sepatutnya dilaksanakan pada 6 Disember lalu namun ditangguhkan susulan permohonan semakan yang  difailkan kepada Mahkamah Rayuan Syariah.


7. PM Anwar rasmi Proton e.MAS 7, jadi kenderaan rasmi ASEAN 2025

Bangga dengan kejayaan dilakar Proton sehingga ke tahap ini, Anwar memaklumkan e.MAS 7 akan menjadi kenderaan rasmi ketika Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN 2025.


8. PLKN 3.0: Kerajaan belanja RM64 sehari untuk setiap peserta

Kerajaan secara purata membelanjakan RM64 sehari bagi setiap peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


9. Izzuddin mahu kekal konsisten bagi musim 2025

BEREGU profesional lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, pulang ke tanah air selepas muncul naib juara Kejohanan Badminton Jelajah Dunia BWF Akhir semalam.


10. MoU getah antara Malaysia, Thailand akan tumpu pada pengeluaran mampan - Johari

Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai getah antara Malaysia dan Thailand akan menumpukan kepada pengeluaran getah yang mampan, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.