ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.


1. UMNO tidak terima, benar ahli lompat parti - Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan sendiri. 



2. Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung

Bayi tersebut telah dijumpai oleh salah seorang Ahli Jawatankuasa surau yang datang untuk aktiviti membersihkan persekitaran surau.


3. Usaha Katiravan Subrayan selamatkan planet bawa beliau ke Antartika

Katiravan menjadi antara segelintir rakyat Malaysia yang menjejakkan kaki ke benua berais itu.


4. Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR

Perdana Menteri menegaskan beliau dan PKR terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan atau rundingan dengan mana-mana pihak.


5. Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat

Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.


6. Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok

Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.


7. Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri 

Kementerian Pengangkutan (MOT) memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.


8. 'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul 

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan beliau belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik, biarpun ada membuat perbincangan awal dengan PKR.


9. Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah 

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pihaknya sudah mengenal pasti anggota berkenaan yang kini bertugas di dalam kawasan di ibu negara. 


10. IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan 

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah memuji pembaharuan ekonomi Malaysia terutamanya pengenalan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) 2023 dan kejayaan pelaksanaan pembaharuan subsidi elektrik dan diesel.