ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 November 2024.

1. Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza

Dr Mahathir berkata, beliau tidak pernah menyaksikan kekejaman seperti yang sedang berlaku di dunia yang "kononnya bertamadun."


2. Isu FashionValet: Vivy Yusof, suami sambung beri keterangan kepada SPRM

SPRM merekod keterangan pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar hari ini.


3. Demokrasi di Malaysia luar biasa, contoh terbaik untuk diteladani - Duta AS

Edgard D Kagan memuji demokrasi Malaysia yang menunjukkan perubahan kerajaan secara aman sebagai contoh kebijaksanaan demokrasi.


4. GISB: Tidak boleh semberono ambil tindakan - Zulkifli

Kerajaan tidak boleh melakukan tindakan secara sembrono seperti melepas dan membebaskan semua kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global.


5. Bayaran akhir STR disalur secara berperingkat bermula esok - MOF

Kerajaan akan menyalurkan bayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 secara berperingkat bermula esok kepada 8.7 juta penerima mengikut kategori kelayakan masing-masing.


6. A.S. Memilih: Trump isytihar kemenangan

Donald Trump mengisytiharkan kemenangannya selepas beliau mendahului keputusan awal Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024.


7. Op Favish: SPRM beku akaun persendirian, syarikat Vivy dan Fadza bernilai kira-kira RM1.1 juta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar bernilai kira-kira RM1.1 juta.


8. Isu FashionValet: 11 beg tangan, seutas jam tangan mewah disita dari kediaman Vivy, Fadza

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita 11 beg tangan dan seutas jam tangan jenama mewah yang dianggarkan bernilai RM200,000 dari kediaman pasangan dan pengasas platform e-dagang, Fashion Valet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.


9. A.S. Memilih: Anwar ucap tahniah buat Trump, bakal bawa lembaran baharu kerjasama

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Donald Trump, susulan kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024.


10. Lima video kemalangan ditayang di mahkamah dalam kes DSP didakwa bunuh pelajar

Hari kedua perbicaraan kes pegawai kanan polis DSP Mohd Nazri Abdul Razak yang dituduh membunuh seorang pelajar 17 tahun menyaksikan tayangan lima video memaparkan insiden didakwa menjadi punca kematian Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie pada 15 Dis tahun lepas.