Ringkasan AI
- Kerajaan memperuntukkan RM25 juta untuk melaksanakan 500 projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) pada 2025.
- Ketua Setiausaha Negara menyeru kementerian, agensi, dan kerajaan negeri mendaftar projek RKB baharu untuk 2025.
- Sebanyak 200 projek RKB sedang dilaksanakan pada tahun ini.
Sehubungan itu, beliau menyeru semua kementerian, agensi, kerajaan negeri, dan pihak berkuasa tempatan untuk berusaha mendaftar dan melaksanakan projek RKB baharu bagi 2025.
"Tahun ini, sebanyak 200 projek RKB telah dan sedang dilaksanakan. Untuk memastikan impak yang lebih besar dan menyeluruh, saya menetapkan sasaran 500 projek RKB bagi 2025.
"Sasaran ini bukan sekadar angka tetapi simbol komitmen kita untuk mempercepat transformasi sektor awam, memperkukuh perkhidmatan kepada rakyat dan mendukung agenda pembangunan negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di sini hari ini.
Shamsul Azri berkata menerusi kewujudan sistem pemantauan dan peningkatan berterusan seperti RKB, perkhidmatan awam dapat berfungsi sebagai pemangkin kepada produktiviti sektor awam dan swasta, serta secara keseluruhannya kepada negara dan daya saing ekonomi.
Selain itu, beliau berkata usaha menarik dan memudah cara pelaburan dan aktiviti ekonomi adalah tanggungjawab penjawat awam dengan menggunakan kepakaran dan kemahiran yang ada, dengan mengemukakan idea baharu bagi merebut peluang dalam bidang tujahan terkini seperti kecerdasan buatan (AI), keselamatan siber dan teknologi kewangan.
Shamsul Azri berkata beliau juga memohon Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) selaku penganjur untuk mengeluarkan dokumen hasil daripada konvensyen itu untuk dikongsikan dengan semua anggota perkhidmatan awam.
-- BERNAMA