ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 10 November 2024.


1. Remaja perempuan maut jatuh tingkat 16 pangsapuri di Farlim, Pulau Pinang

Seorang remaja perempuan terjatuh dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Farlim, Bandar Baru Ayer Itam, di sini, dipercayai selepas berselisih faham dengan kekasihnya awal pagi Ahad.



2. Pusat hiburan tawar khidmat GRO berbaju tidur di Jalan Pudu diserbu

Sebuah pusat hiburan disyaki menawarkan perkhidmatan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing berbaju tidur seksi terbongkar dalam serbuan di Jalan Pudu, di sini, tengah malam tadi.


3. Guru Malaysia menang Anugerah Pendidikan Asia bagi kecemerlangan pendidikan awal kanak-kanak

Selepas 18 tahun mencurahkan bakti dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, guru prasekolah Malaysia, Nurhayatul Nira Ramli telah diberi penghormatan dengan Anugerah Pendidikan Asia 2024 yang berprestij.


4. MyIPO cadang daftar ikan celup tepung harta intelek Terengganu 

MyIPO menyarankan Kerajaan Negeri Terengganu atau entiti berkaitan supaya mendaftarkan produk makanan ikan celup tepung atau dikenali sebagai ICT sebagai harta intelek milik negeri berkenaan. 


5. Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu 

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik. 


6. Masters Korea: Aaron Chia-Soh Wooi Yik tamatkan penantian bergelar juara 

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik perlu menempuhi jalan berliku sebelum menjinakkan Jin Yong/Kim Won-ho dalam permainan tiga set di Iksan City yang berlarutan lebih sejam.


7. Lagi kes buli, penuntut UPNM retak tulang rusuk, tulang belakang dipijak senior

Seorang penuntut tahun satu universiti berkenaan cedera parah dengan keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak penuntut senior dalam kejadian pada 21 Oktober lalu. 


8. Pemenang pertama Anugerah Kajai, Rosnah Abd Majid meninggal dunia

Wartawan veteran dan bekas ahli politik Datuk Rosnah Abd Majid, 71, meninggal dunia di rumahnya di Teluk Bahang, Pulau Pinang, pada 9.30 pagi ini. 


9. Malaysia dan Mesir sepakat ambil langkah proaktif hentikan keganasan di Palestin

Pendirian ini dicapai dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Al-Ittihadiya di Kaherah.


10. Platform media sosial diberi tempoh sebulan beri maklum balas berkaitan kod tatalaku 

Penyedia platform media sosial diberi tempoh sebulan untuk memberikan maklum balas berkaitan kod tatalaku, sebelum mewajibkan mereka berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi tujuan pelesenan.