1. Bersatu Bahagian Tenggara terbubar, ketua dan 15 AJK umum keluar parti
Keputusan itu dibuat sebulat suara selepas mempertimbangkan beberapa faktor termasuk hilang keyakinan terhadap kepimpinan tertinggi.
2. Polis tumpaskan cubaan seludup dadah bernilai RM3.2 juta di Tumpat
Polis menemui beberapa kotak yang mengandungi 216,000 biji pil Yaba, dengan anggaran berat melebihi 25 kilogram, dipercayai diseludup dari Thailand.
3. Imbasan CT Tze Liang normal - Hannah
Tze Liang mengalami luka di kepala selepas terhantuk papan anjal ketika melakukan terjunan kedua.
4. Keputusan kes Jahidah ditangguh, bekas suami alami sesak nafas
Mahkamah Sesyen menangguhkan keputusan kes peniaga yang didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya sehingga koma tiga tahun lalu, ke tarikh 9 Disember ini.
5. Tak sangka gurauan 'nak berjalan jauh' jadi kenangan terakhir arwah - Nenek
Keluarga remaja yang maut akibat renjatan elektrik semasa mengecas telefon dalam sebuah bas ekspres pada Jumaat, reda dengan pemergian arwah.
6. AS sekat 6 syarikat Malaysia atas dakwaan kaitan dengan sektor pembuatan Rusia
Syarikat itu ialah Zeolite Mansford Sdn Bhd (Zeolite), Centrina United Sdn Bhd (Centrina), Gyntec Carbon Sdn Bhd (Gyntec), Moralability Industry Sdn Bhd (Moralability) dan Melix Global Sdn Bhd (Melix Global).
7. Enam rakyat Malaysia ditahan di Thailand dijangka didakwa atas dua pertuduhan - Polis
Ketua Polis Daerah Sungai Golok Kol. Pol. Jedsadavit Ingprapan berkata selain kesalahan memiliki dadah, mereka juga disiasat atas kesalahan memasuki Thailand tanpa dokumen sah.
8. Warga emas ditemukan mati seorang diri dalam rumah di Kuala Krai
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata mayat lelaki berusia 61 tahun itu, ditemukan pada 9.53 malam dalam keadaan terbaring di ruang tamu rumah tersebut.
9. Kartel baja: SPRM tahan dua bekas pengurus besar
Menurut sumber SPRM kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 50-an hingga 60-an itu ditahan sekitar 8.30 malam, ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk dirakamkan keterangan.
10. JAKIM rekod lebih 300,000 aduan kekeluargaan, masalah akhlak tertinggi
Jumlah Aduan Kekeluargaan: Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) merekodkan 378,815 kes aduan kekeluargaan dari 2021 hingga 2023, dengan masalah akhlak atau sosial sebagai aduan tertinggi.