ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 13 November 2024.

1. Tun Daim Zainuddin meninggal dunia

Difahamkan Allahyarham meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.


2. “Seorang sahabat dan pejuang bersama" - Tun Mahathir kenang pemergian Tun Daim

Tun M menyifatkan Allahyarham sebagai tokoh yang jarang ditemui, yang berjaya dalam bidang perniagaan dan setia menyumbang kepada bangsa dan negara.


3. Mayat ibu dalam peti sejuk: Tubuh masih beku, bedah siasat belum dijalankan - Polis

Proses itu akan dilakukan selepas ais cair kerana mayat dalam keadaan beku.


4. Anak tidak boleh masuk MRSM jika ibu bapa disenarai hitam Mara - Rubiah

Majlis Amanah Rakyat (Mara) menetapkan syarat anak tidak boleh memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) jika ibu bapa disenarai hitam kerana gagal melunaskan hutang dengan agensi itu.


5. Op Favish: Proses rekod keterangan Vivy, suami bersambung hari ini

Hari ini memasuki hari keenam proses rakaman keterangan terhadap pasangan itu dijalankan SPRM .


6. Mengenang Tun Daim: Allahyarham selamat disemadi

Jenazah bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1, ibu negara.


7. Siti Nurhaliza dianugerahkan gelaran Biduanita Negara

Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai Biduanita Negara selepas menerima Anugerah Khas Biduan Negara.


8. RM12.8 bilion wang tidak dituntut setakat 31 Okt

Sejumlah RM17 bilion wang tidak dituntut (WTD) diserahkan syarikat dan firma kepada Jabatan Akauntan Negara dengan RM4.2 bilion daripada jumlah itu telah dituntut empunya yang berhak setakat 31 Okt lepas.


9. Universiti perlu ekosistem seimbang sebagai penanda aras, bukan hanya ranking - Zambry

Setiap universiti perlu memastikan keseimbangan ekosistem secara keseluruhan sebagai penanda aras dan bukan hanya menjadikan pencapaian ranking (kedudukan) sebagai matlamat terpenting, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.


10. Naikkan harga makanan 5 peratus, KPDN panggil Persatuan Usahawan India Muslim Johor esok

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memanggil Persatuan Usahawan India Muslim Negeri Johor esok berhubung cadangan ingin menaikkan harga makanan sebanyak lima peratus mulai tahun depan.