1. Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Seorang pengarah syarikat mengalami kerugian lebih RM1 juta setelah ditipu individu yang menyamar sebagai 'Inspektor Harun.'
2. Tuah bawa Aaron-Wooi Yik ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih tiket ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2024 meskipun terkandas pada pusingan suku akhir Masters China 2024 di Shenzhen, semalam.
3. 'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
Perikatan Nasional (PN) mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan di mana-mana peringkat untuk pilihan raya umum akan datang.
4. Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Setakat ini polis sudah mengambil keterangan 23 individu serta menahan tiga suspek bagi membantu siasatan.
5. Ijazah Kehormat Doktor Persembahan, pengiktirafan tertinggi sejak 45 tahun - M Nasir
Beliau berkata pengiktirafan ini juga membuktikan UPSI antara institusi pengajian tinggi (IPT) yang menyokong pembangunan serta kemajuan bidang seni di negara ini.
6. Kerajaan MADANI tumpu pembangunan negara, tidak layan kenyataan picisan - Anwar
Beliau berkata kerajaan akan terus memfokuskan kepada agenda pembangunan negara, memperkukuh ekonomi dan memastikan kesejahteraan rakyat.
7. Kenaikan tambang bas sekolah tidak boleh dielak - BSM
Presiden Pertubuhan Kebajikan Industri Bas Sekolah Malaysia (BSM), Mohd Haron Mohamad Sidik berkata, kenaikan dijangka antara 25 hingga 30 peratus didorong kos alat ganti dan kenaikan gaji minimum serta persaingan disebabkan gangguan dari kenderaan haram sekolah yang semakin berleluasa.
8. Google, Microsoft puji usaha Malaysia bina infrastruktur, pelan hala tuju AI
Google, memuji pendekatan Malaysia yang membina infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan gergasi teknologi global itu membuat pelaburan sebanyak AS$2 bilion di negara ini.
9. JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
10. KPT serah kepada polis siasat dakwaan pensyarah hina Nabi
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung tindakan seorang pensyarah didakwa menghina Nabi Muhammad SAW ketika berceramah di sebuah konvensyen baru-baru ini.