ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 9 November 2024.


1. Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadualkan mengadakan lawatan rasmi ke Mesir dari 9 hingga 12 November ini atas jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.



2. “Arwah, isteri saya yang sah” - Suami mangsa tikam

Sudahlah kesedihan kehilangan isteri yang dibunuh secara kejam masih bersarang dalam dirinya, kecewaan Mohamad Shazwan Hafizi Badrul Kamal juga bertambah berganda apabila ada yang mendakwa, dia dan Allahyarham Siti Zulaila Zulkifli bukan lagi suami isteri.


3. Isu kaum dan agama ancam perpaduan, perlu segera dibendung, titah Sutan Nazrin

Isu agama dan kaum yang terus dijadikan bahan untuk berpolitik yang mengancam perpaduan rakyat negara ini perlu segera dibendung, demikian titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.


4. Bunuh dua beranak: Mangsa maut akibat tikaman di dada, perut - Polis

Polis mengesahkan kematian dua beranak Siti Zulaila Zulkifli, 30,dan bapanya Zulkifli Ibrahim, 62, dalam kejadian di pangsapuri Bandar Baru, Ayer Itam berpunca akibat luka tikaman pada dada dan perut.


5. Polis siasat tindakan khatib sebuah masjid kupas isu beri kewarganegaraan kepada rakyat China

Polis telah menerima laporan berhubung tindakan seorang khatib sebuah masjid di Padang Serai yang dikatakan mengupas isu pemberian kewarganegaraan kepada rakyat China, ketika menyampaikan khutbah Jumaat, semalam.


6. Persekutuan Sukan Komanwel tolak permintaan Malaysia anjur badminton

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mendedahkan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) menolak permintaan Malaysia untuk menganjurkan sukan badminton di sini bersempena Sukan Komanwel 2026.


7. Masters Korea: Peluang Aaron Chia-Soh Wooi Yik padam kemarau kejuaraan 

Aaron Chia-Soh Wooi Yik hanya selangkah lagi untuk mengesahkan pemburuan kejuaraan Masters Korea selepas beregu utama lelaki negara itu menewaskan lawan mereka dalam permainan set straight untuk mara ke final. 


8. Terpengaruh gaji lumayan, dua sahabat jadi mangsa sindiket penipuan di Kemboja

Dua sahabat yang ditawarkan pekerjaan di kasino dengan gaji RM4,000 sebulan di Kemboja akhirnya menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di negara itu. 


9. 3,950 pegawai perubatan, pergigian, farmasi terima lantikan tetap - KKM

Sebanyak 3,200 pegawai perubatan, 350 pegawai pergigian dan 400 pegawai farmasi yang memohon lantikan kontrak (interim) di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dilantik secara tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pada 21 Okt lepas. 


10. Mindef pantau secara harian situasi anggota MALBATT di Lubnan - Adly 

Kementerian Pertahanan (Mindef) sentiasa memantau situasi terkini melibatkan pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas melaksanakan misi pengaman MALBATT di Lubnan.