RENTETAN keadaan semasa yang memaksa orang ramai menjalani transisi pembelajaran atau pekerjaan di rumah, proses komunikasi juga turut melalui perubahan pada yang sama. 

Namun, bekerja dari rumah juga boleh menjadi aktiviti yang mencabar apabila sambungan WiFi terhalang atau terlalu perlahan.

Bagaimanapun, terdapat beberapa kaedah yang mungkin tidak diketahui bagi membantu memantapkan sambungan WiFi di rumah.

BACA: Pendigitalan masyarakat: Bersediakah kita?

BACA: Kenali 5 aplikasi ini untuk kemudahan pekerjaan seharian anda

Tidak perlu resah jika sambungan WiFi tidak lancar kerana isunya mungkin berkait rapat dengan modem atau penghala (router).

Berikut disenaraikan kaedah-kaedah bermanfaat yang boleh dilakukan untuk mendapatkan pautan WiFi yang lancar:


1. Cari lokasi yang baik di dalam rumah

Seperti rangkaian tanpa wayar yang lain, WiFi berfungsi melalui kuasa gelombang radio.

Mencari lokasi yang sesuai dapat menjamin kelancaran sambungan internet di alat peranti. 

Elakkan berada berdekatan dengan dinding atau cermin di keliling rumah kerana ia merupakan penghalang isyarat WiFi untuk sambung ke alat peranti pengguna.

Dengan itu, cara terbaik bagi memastikan WiFi sentiasa pantas adalah dengan mencari lokasi yang senang dikesan oleh modem WiFi.


2. Perbaharui sistem ‘Firmware

Mengemaskini firmware yang terletak di modem juga dapat membantu memepercepatkan sambungan WiFi. 

Firmware merupakan sebuah perisian yang disematkan ke dalam sesebuah alat peranti. Tujuannya adalah untuk mengawal aktiviti peranti tersebut.

Dengan melakukan beberapa kemaskini pada firmware, ia mampu menambah kecekapan pada peranti dan mempercepatkan sambungan WiFi kepada peranti telefon pintar atau komputer pengguna.


3. Buang aplikasi yang tidak digunakan

Dengan mengemaskini ruangan di dalam telefon atau komputer, sambungan WiFi akan jauh lebih lancar.

Sebagai contoh, terdapat pelbagai fungsi sampingan pada aplikasi media sosial yang memerlukan penyimpanan data yang besar atau cache seperti gambar dan video.

Lantaran itu, ia memakan ruang yang banyak di dalam alat peranti sehingga memperlahankan sambungan internet.

Bagi melancarkan prestasi peranti anda, cubalah mengeluarkan fail-fail atau cache yang tidak diperlukan.


4. Ubah saluran

Kemungkinan penghala yang anda miliki di rumah melalui beberapa gangguan dan ini mungkin berkait rapat dengan saluran WiFi anda.

Apa itu saluran wifi?

Saluran WiFi atau WiFI channel merupakan rangkaian mudah alih yang berfungsi untuk menghantar dan menerima data.

Sebuah penghala menggunakan salah satu daripada dua jalur frekuensi ini iaitu sama ada 2.4GHz atau 5GHz. 

Perbezaan utama antara kedua jalur frekuensi ini adalah dari capaian dan kelajuan yang dihasilkan.

Untuk mendapatkan liputan WiFi yang maksima, gunakan penghala jenis 2.4GHz manakala bagi liputan yang lebih laju dan pantas, gunakan penghala jenis 5GHz.

.



5. Luaskan jangkauan

Tahukah anda tentang WiFi range extender?

Teknologi ini dapat menghubungkan ke rangkaian WiFi semasa anda dan menyiarkan semula isyaratnya sendiri, seperti tempat panas.

Range Extender, Access Point (AP) atau WiFi Extender adalah peranti yang berfungsi untuk mengulangi isyarat tanpa wayar dari penghala untuk meluaskan jangkauan.

Sesuai dengan namanya, peranti mudah alih ini bertujuan untuk meluaskan capaian WiFi dari penghala dan menyiarkan semula ke tempat-tempat yang menerima sambungan WiFi yang lemah.