Ramai dalam kalangan kita yang sukakan buah-buahan sama ada tempatan mahupun yang diimport dari luar negara.

Bagaimanapun, selain membeli di kedai atau di pasar raya, ada juga diantara kita yang menanam sendiri di rumah atau di kebun.

Untuk itu, berikut merupakan 5 tip ringkas yang boleh digunakan:

1. Daun Betik boleh melembutkan daging (untuk masakan) kerana, daun betik mempunyai enzim Papain yang bertindak balas bagi tujuan itu.


2. Pokok Mangga tidak memerlukan siraman atau air berlebihan dan memerlukan sekurang-kurangnya 3 bulan kemarau untuk berbunga.

3. Pokok Rambutan dan yang mempunyai struktur yang sama, memerlukan pemangkasan yang baik supaya menerima pencahayaan bagi menggalakkan penghasilan bunga dan buah.

4. Gunakan anak benih cantuman atau 'Adcanve Planting Material' bagi membolehkan pokok berbuah dengan cepat.

5. Elakkan pembajaan baja hijau berlebihan bagi mengurangkan risiko mabuk daun.

Saksikan program Tanam di Astro Awani setiap hari pukul 9.15 pagi bersama-sama Essan Yahya.