Keputusan itu dilakukan seleps mengambil kira jumlah jangkitan harian COVID-19 yang masih pada tahap membimbangkan.
Bagaimana sebenarnya penerimaan rakyat Malaysia mengenai perkara ini, lebih-lebih lagi mereka yang terlibat dalam industri ekonomi?
#DiariLockdown hari ini mendapatkan pandangan warga maya mengenai perkara ini.
Jika dilihat daripada reaksi pengguna media sosial Astro AWANI, rata-rata bersetuju dengan lanjutan tempoh PKP 3.0.
Bagi @MHN, dia bersetuju dengan langkah tersebut kerana percaya ia bertujuan membendung penularan COVID-19 agar Malaysia bebas daripada wabak tersebut sekali gus dapat kembali seperti kehidupan dahulu.
“Biar susah sekarang, selepas itu kita boleh merdeka dari COVID-19, dari kes ini berpanjangan bertahun-tahun. Tengok negara luar ada yang tak pakai pelitup muka, harap kita semua dapat kembali kepada kehidupan biasa” komennya di laman Youtube Astro AWANI.
@JerryAlright juga berpendapat bahawa keputusan itu demi keselamatan rakyat Malaysia.
BACA: 'Total lockdown' di seluruh negara disambung sehingga 28 Jun
Namun pada masa sama, ada juga di antara mereka yang merasakan bahawa keputusan itu memberi sedikit beban kepada mereka lebih-lebih lagi mereka yang menjalankan perniagaan sendiri.

Berikut merupakan perkongsian lain yang turut dikongsikan oleh pengguna media sosial di laman Youtube Astro AWANI.
