Lockdown #Day55: Entri diari terakhir Syefry
Selama 55 hari, Syefry mengemaskini apa rutin hariannya sebagai pengusaha mikro SME.
Daripada kepayahannya untuk beroperasi kerana sekatan pergerakan penuh, sehingga operasinya kembali rancak dengan bilangan pelanggan semakin meningkat, Syefry menyajikan pembaca suka-dukanya dalam meneruskan kelangsungan hidup dengan menghasilkan dan menjual Aiskrim PopsLab.
Meskipun berdepan detik sukar, mesin rosak, produksi berkurang, namun Syefry tidak pernah berputus asa.
Ini wajar menjadi contoh kepada usahawan di luar sana untuk jangan mudah berputus asa, terus mencuba kerana kejayaan tidak datang bergolek.
Syefry sedar perjalannya dalam perniagaan masih lagi jauh. Dia optimis untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Di kesempatan ini, Syefry juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada pelanggan serta ejennya yang sentiasa menyokong Aiskrim PopsLab.
Syefry juga berterima kasih kepada Astro AWANI kerana memberi ruang dan menyokong usahawan kecil sepertinya untuk terus berkembanga dan membangun.
Syefry berharap semoga Aiskrim PopsLab akan terus memberi kegembiraan dan kebahagiaan kepada semua.
--------------------------
Ini perkongsian Syefry dalam menjalankan perusahaan aiskrimnya demi kelangsungan hidup keluarga kecilnya dalam Diari Lockdown. Terima kasih kerana sudi berkongsi rutin harian anda dengan Astro AWANI.
Aktiviti harian Syefry ini dikelola pengarang, Syukri Shaari.
Lockdown #Day54: Perisa baharu Aiskrim PopsLab
Walaupun berdepan dengan kekangan kerana mesin memproses aiskrimnya rosak, 'fasa' berkenaan tidak sesekali mematahkan semangat Syefry.
Malah, bapa kepada tiga anak itu semakin bersemangat untuk meningkatkan jualan aiskrimnya.
Sehubungan itu, Syefry hari ini memperkenalkan perisa baharu Asikrim PopsLab iaitu durian Musang King hasil inovasinya sendiri.
Syefry memberitahu, perisa baharu itu akan berada di pasaran bermula minggu depan.
-------------------
Ini perkongsian Syefry dalam menjalankan perusahaan aiskrimnya demi kelangsungan hidup keluarga kecilnya. Ikuti kisah Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Aktiviti harian Syefry ini dikelola pengarang, Syukri Shaari.
Lockdown #Day53: Berniaga untuk bantu yang memerlukan
Ketika di awal pengoperasian Aiskrim PopsLab, Syefry telah memasang niat.
Dia berniaga bukan sahaja semata-mata untuk kelangsungan hidupnya sekeluarga, malah Syefry juga mahu membantu seberapa ramai yang mungkin untuk menambah pendapatan dengan menjadi ejennya.
Syefry sedar, ketika waktu mencabar ini bukan dia sahaja yang 'berjuang' untuk kelangsungan hidup, ramai lagi di luar sana yang senasib dengannya.
Oleh sebab itu, Syefry sering berusaha untuk menambah bilangan ejennya supaya lebih ramai dapat dibantu.
Hari ini Syefry menambah seorang lagi dalam rangkaian ejen Aiskrim PopsLab.
Rosly Rakimin telah lama menyatakan hasrat untuk menjadi ejen kepada Syefry, namun disebabkan kekangan pelaksanaan PKP dan PKPD, hajatnya itu tertangguh.
Namun, kini Rosly telah secara rasmi dilantik sebagai ejen Aiskrim PopsLab bagi kawasan sekitar Salak Selatan, Ampang, Kampung Pandan dan Cheras.
Untuk pelanggan di sekitar kawasan berkenaan, boleh menghubungi Rosly di talian 011-62837272 untuk mendapatkan Aiskrim PopsLab.
Syefry berharap, selain membantu Rosly menambah pendapatan, penambahan rangkaian itu akan memperluaskan capaian pelanggan produknya.
------------------
Ini perkongsian Syefry dalam menjalankan perusahaan aiskrimnya demi kelangsungan hidup keluarga kecilnya. Ikuti kisah Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Aktiviti harian Syefry ini dikelola pengarang, Syukri Shaari.
Lockdown #Day52: Kejutan Aiskrim Popslab Malaysia
Berita baik untuk pelanggan dan peminat Aiskrim Popslab Malaysia.
Dalam masa terdekat ini, Syefry akan mengeluarkan satu perisa aiskrim premium baharu dan berasaskan buah asli.
Syefry akan membuat pengumuman apabila inovasi produksi aiskrim baharu ini mengikut standard yang ditetapkan olehnya.
Ini amat penting kerana Syefry hanya mengeluarkan aiskrim yang berkualiti, sedap, premium dan boleh membuatkan pelanggan sentiasa teringat kelazatan dan kenikmatan aiskrim buatannya.
Nantikan kemunculan aiskrim premium terbaharu daripada Aiskrim Popslab Malaysia!
-------------------------------------
Ini perkongsian Syefry dalam menjalankan perusahaan aiskrimnya demi kelangsungan hidup keluarga kecilnya. Ikuti kisah Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Aktiviti harian Syefry ini dikelola pengarang, Syukri Shaari.
Lockdown #Day51: Syefry sasar masuk kedai-kedai runcit
Syefry sentiasa memikirkan untuk memperluaskan capaian serta rangkaian produk Aiskrim Popslab Malaysia.
Salah satunya ialah dengan memasuki kedai-kedai runcit di kawasan padat penduduk.
Seperti di 21 Mart yang terletak di Suri Puteri Service Apartmet di Seksyen 21 Shah Alam.
Aiskrim PopsLab Malaysia telah berada di kedai berkenaan sejak beberapa bulan lalu.
Hari ini, Syefry membuat penambahan stok selepas bekalan aiskrim di kedai berkenaan habis.
Syefry gembira apabila produknya diterima masuk di kedai-kedai runcit dan lebih penting habis terjual.
-------------------------------------
Ini perkongsian Syefry dalam menjalankan perusahaan aiskrimnya demi kelangsungan hidup keluarga kecilnya. Ikuti kisah Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Aktiviti harian Syefry ini dikelola pengarang, Syukri Shaari.
Lockdown #Day50: Berkorban masa, tenaga di Hari Raya Aidiladha
Meskipun hari ini merupakan sambutan Aidiladha, ia bukan penghalang untuk Syefry bekerja, menghasilkan aiskrim untuk stok pelanggan serta ejen-ejennya.
Syefry masih menerima tempahan pada hari ini dari sekitar Putrajaya, Bangi dan Seri Kembangan.
Untuk dapat 'feel' Aidiladha, Syefry mengenakan persalinan lengkap baju Melayu ketika proses menghasilkan aiskrim.
Syefry bersyukur kerana walaupun berdepan situasi sukar, namun urusannya sering dipermudahkan Allah SWT.
Sebab itu Syefry, sehingga ke hari ini tidak pernah berputus asa dan percaya jika dia ikhlas melakukam sesuatu perkara, semuanya akan dipermudahkan.
---------------------
Ini perkongsian Syefry dalam menjalankan perusahaan aiskrimnya demi kelangsungan hidup keluarga kecilnya. Ikuti kisah Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Aktiviti harian Syefry ini dikelola pengarang, Syukri Shaari.
Lockdown #Day49: Persiapan Hari Raya Aidiladha
Syefry memenuhi harinya membuat penghantaran stok aiskrim di Seksyen 20, Shah Alam, Selangor dan juga Damansara.
Memandangkan esok adalah Hari Raya Aidiladha, dia berkesempatan membeli beberapa batang lemang untuk keluarganya.
Walaupun aktiviti kunjung-mengunjung tidak dibenarkan, Syefry dan isterinya tetap ingin menyediakan juadah raya untuk anak-anaknya dan mendidik mereka mengingati peristiwa di sebalik sambutan Aidiladha.
Di kesempatan ini, Syefry ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada ahli keluarganya, sahabat handai, ejen-ejennya dan semua pelanggan Aiskrim PopsLab Malaysia.
Duduk di rumah dan patuhlah kepada SOP.
------------------------------
Ini perkongsian Syefry dalam menjalankan perusahaan aiskrimnya demi kelangsungan hidup keluarga kecilnya. Ikuti kisah Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Aktiviti harian Syefry ini dikelola pengarang, Syukri Shaari.olakan wartawan kanan, Ridauddin Daud.
Lockdown #Day48: Nak seribu daya, tak nak seribu dalih
Syefry tidak senang hati apabila tidak dapat beroperasi.
Dia membuat keputusan menggunakan mesin membuat aiskrim lamanya sementara menunggu mesin sedia ada dibaiki syarikat pengeluar.
Jika sebelum ini Syefry mampu menghasilkan 160 batang aiskrim dalam masa satu jam, namun mesin lamanya hanya mampu menghasilkan separuh sahaja daripada jumlah itu dalam tempoh masa sama.
Syefry tiada pilihan lain.
Biarlah lambat, asalkan dia tidak putus stok aiskrim untuk jualan kepada pelanggan dan diedarkan kepada ejen-ejennya.
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Syefry komited meneruskan operasi pengeluaran Aiskrim PopsLab bagi menjaga periuk nasi keluarga dan juga ejen-ejennya.
-----------------------
Ini perkongsian Syefry dalam menjalankan perusahaan aiskrimnya demi kelangsungan hidup keluarga kecilnya. Ikuti kisah Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Aktiviti harian Abang Chik dan rakan-rakannya dikelolakan pengarang, Syukri Shaari.
Lockdown #Day47: Tiada jualan, tiadalah pendapatan
Seperti sedia maklum, mesin aiskrim Syefry ketika mengalami kerosakan dan sedang diperbaiki oleh syarikat pengeluar.
Stok sedia ada yang masih dalam simpanan kebanyakannya telah diagihkan kepada ejen-ejen yang telah membuat tempahan awal.
Sebenarnya Syefry masih mempunyai satu lagi mesin aiskrim ketika pembabitan awal dalam perusahaan aiskrim ini tetapi mesin tersebut tidak mampu untuk menampung produksi aiskrim yang besar.
Mesin ini juga mengambil masa yang agak lama untuk memproses aiskrim.
Syefry yang pada awalnya dilanda kebuntuan menyedari pasti ada jalan lain.
Demi kelangsungan hidup dan juga memenuhi permintaan serta tempahan, Syefry perlu menggunakan mesin aiskrimnya yang berkuasa sederhana itu.
Sebelum itu, dia telah berbincang dengan ejen-ejennya untuk mengetahui perisa aiskrim yang banyak permintaan untuk menyusun semula strategi.
Syefry terpaksa mengurangkan perisa aiskrim buat masa ini daripada 17 kepada 10 perisa.
Tiada istilah berehat atau bercuti, setiap hari Syefry akan tetap bekerja dan mengusahakan perniagaan aiskrimnya.
Baginya, tiada jualan, tiadalah pendapatan.
-----------------------------------
Ini perkongsian Syefry dalam menjalankan perusahaan aiskrimnya demi kelangsungan hidup keluarga kecilnya. Ikuti kisah Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Aktiviti harian Abang Chik dan rakan-rakannya dikelolakan pengarang, Syukri Shaari.
Lockdown #Day46: Penuhi hari dengan kerja lain
Sudah dua hari mesin aiskrim dihantar untuk dibaiki di tempat pengeluarannya dan hampir seminggu Syefry tidak dapat memproses aiskrim.
Syefry tidak berehat semata-mata, dia mengambil masa yang ada ini untuk membuat kerja membaik pulih peti sejuk beku (freezer) miliknya.
Di samping itu, Syefry juga menyusun dan membahagikan stok aiskrim sedia ada sebelum ini untuk diagihkan kepada ejen-ejennya.
Tiada istilah berehat atau pun berhenti, setiap hari Syefry akan tetap melakukan pelbagai kerja yang berkaitan dengan produksi aiskrimnya.
Syefry berharap mesin aiskrim tersebut akan segera dibaiki kerana dia berasa kekok tidak melakukan kerja-kerja memproses aiskrim.
-----------------------------
Ini perkongsian Syefry dalam menjalankan perusahaan aiskrimnya demi kelangsungan hidup keluarga kecilnya. Ikuti kisah Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang, Syukri Shaari.
Lockdown #Day45: Harap masalah mesin rosak segera berakhir
Sudah tiga hari mesin membuat aiskrim milik Syefry tidak dapat berfungsi kerana mengalami kerosakan.
Dalam tempoh itu, Syefry sentiasa memikirkan jalan penyelesaiannya, bagaimana boleh membaiki mesin berkenaan yang mengalami masalah teknikal.
Syefry dirundung rasa bersalah terhadap para pelanggan serta ejennya.
Terlalu banyak tempahan yang terpaksa ditangguhkan sementara gara-gara masalah mesin dihadapinya.
Sehubungan itu Syefry bertekad menyewa sebuah trak untuk mengangkut mesin aiskrim tersebut dan menghantarnya kepada pengeluar mesin berkenaan untuk dibaiki.
Syefry tidak pasti berapa lama masa akan diambil untuk membaikinya, namun dia sangat berharap tidak terlalu lama.
Sumber kewangan Syefry bergantung kepada Aiskrim PopsLab yang diusahakannya.
Jika dia tidak dapat menghasilkan aiskrim berkenaan, sudah tentunya memberi kesan kepada kelangsungan hidupnya sekeluarga
-------------------------------
Ini perkongsian Syefry dalam menjalankan perusahaan aiskrimnya demi kelangsungan hidup keluarga kecilnya. Ikuti kisah Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang, Syukri Shaari.
Lockdown #Day44: Adat berniaga, ada turun naiknya
Ketika ini, Syefry hanya mampu memohon maaf kepada semua pelanggan serta ejennya kerana tidak dapat memenuhi permintaan dan tempahan mereka.
Ini selepas kerosakan tidak dijangka kepada mesin memproses aiskrim.
Syefry tidak berdiam diri, sebaliknya berusaha mendapatkan alat ganti daripada pengusaha mesin tersebut selain rakan-rakan yang mempunyai kemahiran membaiki mesin berkenaan.
Tiada istilah berputus asa, kerana bagi baginya ini merupakan lumrah dalam perniagaan.
Akan ada turun naiknya.
Apa yang penting, Syefry terus berusaha dan mencuba demi kelangsungan hidupnya sekeluarga serta ejen-ejennya.
Bagi semua pelanggan setia Aiskrim PopsLab Malaysia, Syefry meminta supaya tidak khuatir kerana produknya itu masih boleh dibeli daripada ejen-ejennya yang mempunyai stok sedia ada.
--------------------------
Ini perkongsian Syefry dalam menjalankan perusahaan aiskrimnya demi kelangsungan hidup keluarga kecilnya. Ikuti kisah Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang, Syukri Shaari.
Lockdown #Day43: Operasi dihentikan sementara waktu,dugaan buat Syefry
Ketika permintaan terhadap Aiskrim PopsLab Malaysia semakin meningkat, Syefry diduga apabila mesin memproses aiskrim miliknya mengalami kerosakan.
Syefry buntu, apatah lagi kedai menjual dan membaiki mesin berkenaan tidak beroperasi.
Syefry tiada pilihan, dia terpaksa memberhentikan sementara operasinya.
Banyak tempahan yang terpaksa ditangguhkan.
Dia berharap ada pihak di luar sana yang boleh membantu membaiki mesin berkenaan, supaya dia dapat kembali beroperasi dan meneruskan kelangsungan hidup.
----------------------------
Ini perkongsian Syefry dalam menjalankan perusahaan aiskrimnya demi kelangsungan hidup keluarga kecilnya. Ikuti kisah Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang, Syukri Shaari.
Lockdown #Day42: Inovasi baharu
Walaupun Aiskrim PopsLab Malaysia enak dimakan begitu sahaja, namun bagi yang kreatif, aiskrim itu boleh dinikmati dengan pelbagai cara.
Menurut Syefry, Aiskrim PopsLab Malaysia boleh dinikmati bersama yogurt asli.
Inovasi ini pernah dicuba oleh Syefry sendiri dan dia mengesyorkan kepada pelanggannya untuk mencuba gandingan itu.
Syefry mempunyai impian supaya semua lapisan masyarakat tidak melihat aiskrim khususnya PopsLab sebagai 'junk food'.
Menurut Syefry, dengan sedikit inovasi dan kreativiti ketika menikmati Aiskrim PopsLab Malaysia, ia boleh menjadi menu sampingan yang sihat.
----------------------------
Ini perkongsian Syefry dalam menjalankan perusahaan aiskrimnya demi kelangsungan hidup keluarga kecilnya. Ikuti kisah Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang, Syukri Shaari.
Lockdown #Day41: Tidak menang tangan penuhi permintaan pelanggan
Rutin hujung minggu Syefry diisi dengan operasi penghantaran stok Aiskrim PopsLab kepada ejen-ejen dan para pelanggannya.
Syefry mengakui tidak menang tangan ketika ini.
Dengan populariti Aiskrim PopsLab semakin meningkat, Syefry tidak boleh lagi bertemu seorang demi seorang pelanggannya, sebaliknya terpaksa memberi tanggungjawab itu kepada ejen yang terdekat dengan kawasan pelanggannya.
Biarpun semakin sibuk, namun Syefry bersyukur kerana dia bekerja sendiri.
Dia dapat membahagikan masa dengan lebih mudah dan fleksibel antara kehidupan sebagai seorang bapa dengan waktu bekerja.
-----------------------
Ini perkongsian Syefry dalam menjalankan perusahaan aiskrimnya demi kelangsungan hidup keluarga kecilnya. Ikuti kisah Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang, Syukri Shaari.
Lockdown #Day40: Tempahan meningkat, terima kasih semua!
Meskipun masih lenguh badan kesan daripada suntikan vaksin COVID-19 semalam, Syefry tetap menggagahkan diri menyiapkan tempahan pelanggan yang semakin meningkat kebelakangan ini.
Syefry akan berasa amat tidak senang sekiranya tidak dapat menyiapkan tempahan daripada pelanggan dan ejen-ejennya.
Sehubungan itu, dia beriltizam untuk bekerja keras bagi memastikan stok aiskrim mencukupi.
Syefry dalam pada itu berdoa agar dia dan keluarga serta rakyat Malaysia dilindungi daripada wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan ketika ini.
Dia juga tidak putus-putus berdoa agar pandemik itu segera berakhir supaya semua boleh menjalani kehidupan normal semula.
----------------------------------
Ini perkongsian Syefry dalam menjalankan perusahaan aiskrimnya demi kelangsungan hidup keluarga kecilnya. Ikuti kisah Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang, Syukri Shaari
Lockdown #Day39: Alhamdulillah, sudah terima dos pertama vaksin
Jumlah kes baharu tertinggi dicatatkan hari ini menggusarkan Syefry.
Lebih-lebih lagi dengan lumrah operasinya yang perlu bergerak dan bertemu dengan ramai orang termasuk ejen serta pelanggannya.
Hari ini, Syefry bersyukur kerana dia menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 pada malam ini.
Disebabkan itu, Syefry telah mengatur jadual penghantarannya hari ini supaya tidak menganggu waktu suntikan vaksinnya pada jam 8 malam.
Dengan jumlah kes tidak menunjukkan penurunan sejak beberapa hari, malah semakin meningkat, Syefry mengajak orang ramai yang belum mendaftar vaksinasi supaya segera melakukannya dna terus patuh SOP.
-----------------------------
Ini perkongsian Syefry dalam menjalankan perusahaan aiskrimnya demi kelangsungan hidup keluarga kecilnya. Ikuti kisah Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang, Syukri Shaari.
Lockdown #Day38: Kes meningkat, jangan keluar jika tidak perlu
Syefry bimbang dengan peningkatan kes COVID-19 hari ini yang hampir mencecah 9,000.
Bagi Syefry, ia petanda tidak baik kepada rakyat yang akan terus 'terkurung' dan boleh merosotkan ekonomi negara.
Ia sudah tentunya memberi kesan kepada peniaga kecil seperti Syefry.
Bagaimanapun, Syefry tetap bersikap optimis dan percaya ada ruang untuk dia serta ejen-ejennya menjana pendapatan demi kelangsungan hidup.
Untuk itu, Syefry sentiasa mengingatkan diri serta ejen-ejennya supaya sentiasa berhati-hati serta mematuhi segala prosedur operasi standard ditetapkan kerajaan.
Jika tiada keperluan, jangan keluar.
Syefry percaya jika semua patuh, keadaan akan lebih baik dan selamat.
-------------------------------
Ini perkongsian Syefry dalam menjalankan perusahaan aiskrimnya demi kelangsungan hidup keluarga kecilnya. Ikuti kisah Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang, Syukri Shaari.
Lockdown #Day37: Mula dapat rentak kembali walaupun ketika PKPD
Syukur ... itu yang dapat diungkapkan Syefry.
Meskipun dalam tempoh pelaksanaan PKPD, permintaan terhadap Aiskrim PopsLab Malaysia adalah di luar jangkaan.
Menurut Syefry, setiap minggu ejen-ejennya juga membuat tempahan aiskrim yang banyak daripada sebelumnya.
Ketika ini, Syefry menghasilkan kira-kira 3,000 batang aiskrim setiap minggu.
Bagi Syefry, rezeki datang dalam pelbagai cara, yang penting terus berusaha dan tidak putus asa.
Jika diuji, sabar dan buat perancangan untuk mengatasinya dna meneruskan kelangsungan hidup.
------------------------
Ini perkongsian Syefry dalam menjalankan perusahaan aiskrimnya demi kelangsungan hidup keluarga kecilnya. Ikuti kisah Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang, Syukri Shaari.
Lockdown #Day36: Hikmah bekerja sendiri, banyak masa diluangkan bersama anak-anak
Apabila dikenang semula apa yang berlaku terhadap dirinya sejak diberhentikan kerja pada 2019, Syefry mampu bersyukur.
Cukup dia tidak menyangka, ekoran desakan tiada pekerjaan tidak lama dahulu membuatkan bapa kepada tiga orang anak ini menceburi bidang keusahawanan dan istiqomah terhadap perniagaan sepenuh masa sejak Oktober 2020.
Dengan bekerja sendiri, Syefry dapat menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dengan lebih baik.
Jika ketika bertugas sebagai jurugambar sebelum ini, masanya banyak dihabiskan di pejabat dan lokasi tugasan.
Tetapi kini, masanya banyak dihabiskan bersama keluarga dan anak-anak.
Bagi Syefry, ini adalah satu hikmah daripada apa yang berlaku kepadanya selepas diberhentikan kerja.
Dengan proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dilaksanakan ketika ini, Syefry dapat memainkan peranannya untuk membantu urusan pembelajaran anak-anaknya.
"Alhamdulillah saya juga bersyukur kerana dapat melihat mereka membesar di depan mata.
"Mungkin ini adalah hikmahnya," ujar Syefry.
--------------------------------------------
Ini perkongsian Syefry dalam menjalankan perusahaan aiskrimnya demi kelangsungan hidup keluarga kecilnya. Ikuti kisah Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang, Syukri Shaari.
Lockdown #Day35: Jomlah cucuk vaksin!
Setelah lama menunggu, Syefry menerima tarikh janji temu untuk suntikan vaksin COVID-19.
Janji temu Syefry ditetapkan pada 9 Julai bertempat di Movenpick Hotel Convention Center, KLIA.
Syefry sangat menanti-nanti tarikh janji temu ini memandangkan lumrah operasinya yang memerlukan dia keluar untuk membuat penghantaran dan bertemu dengan ramai orang.
Dengan situasi penularan jangkitan COVID-19 ketika ini, Syefry tidak terkecuali daripada berasa bimbang dengan keselamatan dirinya.
Apatah lagi, melibatkan isteri dan tiga anaknya.
Jadi, sudah tentunya vaksinasi ini akan menyuntik keyakinan kepada Syefry.
Syefry juga mengajak orang ramai di luar sana yang belum mendaftar untuk divaksin, segera melakukannya supaya sasaran imuniti kelompok dicapai dan kehidupan kembali normal.
--------------------------------------------
Ini perkongsian Syefry dalam menjalankan perusahaan aiskrimnya demi kelangsungan hidup keluarga kecilnya. Ikuti kisah Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang, Syukri Shaari.
Lockdown #Day34: Aiskrim Popslab jadi 'penghubung' kasih
Hari kedua PKPD di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur, Syefry beroperasi seperti biasa dan membuat penghantaran kepada pelanggan.
Namun, tempahan yang diterima Syefry kali ini agak berbeza.
Dia menerima tempahan daripada seorang pelanggan di Kuala Lumpur untuk menghantar Aiskrim PopsLab Malaysia kepada cucu-cucunya yang berada di Sepang, Selangor.
Kehendak pelanggan dituruti.
Sebagai seorang bapa, Syefry faham benar perasaan pelanggannya itu.
Pastinya, pelanggan itu sangat rindukan cucu-cucunya dan menghantar Aiskrim PopsLab sebagai tanda ingatan kerana sudah lama tidak bersua semenjak PKP dilaksanakan.
Syefry gembira apabila produk keluarannya menjadi penghubung kepada keluarga yang sudah lama tidak bertemu.
-----------------------------------
Ini perkongsian Syefry dalam menjalankan perusahaan aiskrimnya demi kelangsungan hidup keluarga kecilnya. Ikuti kisah Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang, Syukri Shaari.
Lockdown #Day33: Patuh SOP ketika PKPD
Syukur.
Hanya itu yang mampu diungkapkan Syefry.
Dia keluar membuat penghantaran hari ini untuk stok Aiskrim PopsLab Malaysia kepada ejen-ejennya di sekitar Bangi, Bangsar dan Bukit Jelutong.
Alhamdulillah ... sepanjang perjalanannya dipermudahkan.
Setiap kali melalui sekatan jalan raya, anggota pasukan keselamatan memberi pelepasan kerana Syefry mempunyai dokumen perjalanan yang lengkap.
Lancar perjalanan dan ini melegakan Syefry.
Ejen-ejennya memaklumkan proses penghantaran kepada pelanggan-pelanggan mereka juga berjalan lancar dan tiada masalah.
Jika sebelum ini Syefry bimbang, namun kini dia dan ejen-ejennya bersyukur dapat meneruskan perniagaannya dalam tempoh PKPD.
------------------------------------------
Ini perkongsian Syefry dalam menjalankan perusahaan aiskrimnya demi kelangsungan hidup keluarga kecilnya. Ikuti kisah Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang, Syukri Shaari.
Lockdown #Day32: Pasrah dan berserah
Seperti sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melibatkan mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur akan bermula esok sehingga 16 Julai.
Syefry akui pelaksanaan perintah ini membantutkan operasi dia dan ejen-ejennya, lebih-lebih lagi ketika Aiskrim PopsLab Malaysia semakin dikenali dan menerima banyak tempahan.
Dia juga tidak jelas sama ada peniaga kecil sepertinya masih boleh beroperasi menggunakan surat kebenaran MITI yang dimiliki ketika ini atau sebaliknya.
Bagaimanapun Syefry pasrah dan berserah dengan pelaksanaan PKPD ini.
Inisiatif-inisiatif Pakej PEMULIH yang diumumkan kerajaan Isnin lalu akan dimanfaatkan sebaiknya untuk membantu dia dan ejen-ejennya melalui waktu sukar ini.
Namun Syefry sangat berharap masih ada ruang dan peluang untuk peniaga kecil sepertinya beroperasi kerana hanya inilah periuk nasinya bagi meneruskan kelangsungan hidup.
--------------------------------------------
Inilah perkongsian Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang, Syukri Shaari.
Lockdown #Day31: PKPD? Dugaan berat buat saya
Pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Kuala Lumpur bermula 3 Julai ini mengejutkan Syefry.
Situasi ini langsung tidak diduganya.
Syefry masih kurang jelas sama ada dia boleh beroperasi atau tidak sepanjang tempoh dua minggu pelaksanaan PKPD ini.
Lebih merisaukannya ialah operasi ejen-ejennya.
Lebih 3,000 batang Aiskrim PopsLab Malaysia telah disiapkan untuk diedar kepada ejen-ejennya dan juga pelanggan.
Syefry buntu seketika.
Masih kurang jelas apa yang patut dilakukan jika tidak boleh bergerak untuk membuat hantaran.
Syefry berharap, walaupun PKPD, usahawan kecil sepertinya dibenarkan beroperasi demi kelangsungan hidup dalam tempoh sukar ini.
------------------------------------------
Inilah perkongsian Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang, Syukri Shaari.
Lockdown #Day30: Sambutan luar biasa
Selepas Aiskrim PopsLab Malaysia dipelawa menyertai siri Diari Lockdown Astro AWANI, Syefry mengakui jenama ini semakin dikenali.
Kini, dia tidak menang tangan melayani permintaan pelanggan saban waktu.
Populariti Aiskrim PopsLab Malaysia semakin meningkat sehingga ramai yang berminat menjadi ejen.
Namun, Syefry terpaksa bersifat memilih memandangkan dia masih beroperasi di rumah dan kekangan ruang untuk menyimpan stok aiskrim.
Syefry berharap dapat segera memasuki premis untuk meningkatkan jumlah penghasilan produk.
Jika dapat beroperasi di premis, dia yakin akan dapat menambah lebih banyak ejen, sekali gus membantu lebih ramai menjana pendapatan dan meneruskan kelangsungan hidup.
--------------------------------
Inilah perkongsian Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang, Syukri Shaari.
Lockdown #Day29: Berusaha hasilkan produk terbaik
Syefry amat menitikberatkan aspek kualiti dan kesegaran aiskrim yang dihasilkan.
Menjadi rutinnya setiap minggu ke pasar borong dan pasar raya untuk mendapatkan bahan berkualiti khususnya buah-buahan yang menjadi ramuan utama produknya.
Syefry mahu memastikan produknya bukan sekadar sedap, malah berkhasiat.
Oleh itu, dia menggunakan 100 peratus buah-buahan asli dalam penghasilan produknya dengan kandungan gula yang kurang.
Selain itu, produk dihasilkan juga tidak disimpan dalam tempoh lama bagi memastikan kesegarannya.
Sama seperti dia mahukan anak-anaknya mendapatkan makanan berkhasiat, begitu jugalah naluri kebapaan Syefry yang mahukan kanak-kanak di luar sana mahupun orang dewasa menikmati pemakanan sihat.
---------------------------------
Inilah perkongsian Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang, Syukri Shaari.
Lockdown #Day28: 'Terima kasih PM! Dapatlah bernafas enam bulan lagi'
Syefry bersyukur kerana kerajaan mengumumkan beberapa bentuk bantuan yang dapat membantu meringankan beban peniaga kecil sepertinya.
Antaranya ialah pemberian moratorium selama enam bulan dan pelaksanaan i-Citra.
Bagi Syefry pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada petang Isnin itu sekurang-kurangnya membolehkan dia mampu 'bernafas' selama enam bulan lagi dan dalam tempoh itu akan digunakan sebaik-baiknya merangka pelan pemulihan perniagaannya.
-----------------------------------------------
Inilah perkongsian Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang, Syukri Shaari.
Lockdown #Day27: Sabar layan kerenah pelanggan bawa ganjaran
Setiap kali berurusan dengan pelanggan, Syefry akan berhadapan dengan seribu satu cerita.
Sama ada ketika menerima tempahan atau pun ketika membuat penghantaran.
Ada pelanggan yang sangat memudahkan dan ada juga yang mempunyai pelbagai ragam.
Bagi Syefry semua ini adalah asam garam dalam perniagaan dan akan membantunya berkembang sebagai usahawan, terutamanya aspek mengendalikan komunikasi dengan pelanggan.
Syefry berterima kasih kepada semua pelanggannya yang telah memberi sokongan untuk meneruskan perniagaan kecilnya demi kelangsungan hidup dalam situasi mencabar ketika ini.
Misi Syefry agar Aiskrim PopsLab Malaysia dapat memberi keceriaan kepada semua pelanggannya.
-----------------------
Inilah perkongsian Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang, Syukri Shaari.
Lockdown #Day26: PKP disambung atau tidak?
Syefry mengakui berdebar setiap kali menunggu pengumuman sama ada Perintah Sekatan Pergerakan Penuh dilanjutkan atau sebaliknya.
Ini memandangkan ia sangat memberi impak kepada peniaga kecil sepertinya jika diteruskan, strategi perniagaan perlu diperhalusi untuk bisnes tidak suram.
Berdasarkan perancangan awal, Aiskrim PopsLab Malaysia sepatutnya memasuki premis pertamanya selepas Hari Raya Aidilfitri lalu.
Namun, disebabkan PKP 3.0, kontraktor tidak dibenarkan beroperasi, maka kerja-kerja pengubahsuaian premis tergendala sehinggalah ke hari ini.
Lebih-lebih lagi apabila Syefry perlu membayar sewa kedai walaupun tidak dapat beroperasi.
Pemilik kedai telah memberi potongan bayaran sewa sebanyak 30 peratus untuk tempoh dua bulan, namun bagi Syefry yang perniagaannya terjejas akibat perintah sekatan pergerakan, ia masih membebankan.
Bagaimanapun, Syefry tetap bersikap optimis.
Baginya tiada pilihan lain ketika ini untuk dia dan keluarganya selain terus berusaha menjalankan operasi perniagaan dengan memaksimum ruang yang ada demi kelangsungan hidup.
-------------------------------------
Inilah perkongsian Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian ini dijayakan oleh editor, Syukri Shaari.
Lockdown #Day25: Kerja keras demi kelangsungan hidup
Operasi terbatas sepanjang sekatan pergerakan penuh yang dilaksanakan, namun ia tidak sesekali melemahkan semangat Syefry mencari rezeki untuk keluarganya.
Akur dengan waktu operasi yang dihadkan daripada 8 pagi ke 8 malam, Syefry mengubah jadualnya dengan keluar lebih awal dan memaksimumkan tempoh yang diberikan.
Ibaratnya, keluar pagi balik malam.
Namun begitu, Syefry hanya menetapkan penghantaran hanya pada hari Jumaat hingga Ahad sahaja.
Ia bagi memastikan dia ada masa untuk diluangkan bersama isteri serta anak-anaknya yang disifatkan Syefry sebagai lebih berharga.
-----------------------------------------
Inilah perkongsian Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang, Syukri Shaari.
Lockdown #Day24: Mahu jaga pemakanan anak cetus idea aiskrim PopsLab
Mahu jaga pemakanan anak mencetus idea memulakan bisnes PopsLab Malaysia.
Syefry ialah seorang bapa yang amat mementingkan pemakanan anak-anaknya.
Sebolehnya, dia mahu memastikan anak-anaknya mendapat makanan yang berkhasiat, termasuklah aiskrim.
Daripada situ, timbul idea untuk menghasilkan aiskrim popsicle yang menggunakan buah-buahan asli.
Umum mengetahui, aiskrim dikenali sebagai makanan 'junk food'.
Disebabkan itu, dia ingin membuat perubahan dan mengubah stigma itu dengan menghasilkan asikrim yang menggunakan 100 peratus buah-buahan asli selain kandungan gula yang rendah bagi mengekalkan rasa buah-buahan.
Menerusi aiskrim PopsLab Malaysia, Syefry mahu memupuk kanak-kanak khususnya menggemari buah-buahan.
------------------------
Inilah perkongsian Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang, Syukri Shaari.
Lockdown #Day23: Perlu bijak bentuk strategi perniagaan
Demi memastikan perniagaan diusahakannya dapat bertahan, lebih-lebih lagi dalam tempoh sekatan pergerakan ketika ini, Syefry berhati-hati dalam membuat perancangan operasi.
Syefry hanya menetapkan setiap hari Isnin dan Selasa sahaja untuk keluar membeli bahan membuat aiskrim dan menitikberatkan penggunaan bahan berkualiti tinggi.
Selain itu, Syefry hanya akan membuat produksi dari Isnin hingga Jumaat bagi memastikan rasa aiskrim dihasilkan kekal berkualiti selaras dengan tema produknya 'freshly-made'.
Dia tidak menafikan cabaran dihadapi dalam memastikan stok kepada ejen-ejennya mencukupi, namun Syefry tetap berusaha memenuhinya bagi memastikan kelangsungan hidupnya serta ejen-ejennya ketika tempoh sukar ini.
---------------------
Inilah perkongsian Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang, Syukri Shaari.
Lockdown #Day22: Dulu jatuh, kini Syefry dan isteri bangkit semula
Di sebalik kejayaan seorang lelaki ada wanita di belakangnya.
Syefry mengakui bertuah kerana isterinya, Marina Ismail sentiasa memberi sokongan terhadap apa yang diusahakan.
Ketika diberhentikan kerja tanpa pampasan dua tahun lalu, Syefry melalui fasa yang sukar.
Hilang mata pencarian. Pada usianya yang melebihi 40 tahun, sukar untuk mendapatkan pekerjaan.
Pelbagai usaha dilakukan untuk meneruskan kelangsungan hidup, menyara isteri serta tiga anaknya.
Ketika tempoh sukar itu, isterinya banyak memberi sokongan. Bukan sahaja memastikan Syefry tidak terus 'jatuh', malah membantu dia untuk 'bangkit' semula.
Idea mengusahakan Aiskrim PopsLab Malaysia mendapat sokongan penuh isterinya, menambah keyakinan Syefry untuk meneroka perniagaan itu.
Bukan sekadar memberi sokongan, Marina turut membantu dari segi promosi, pembuatan dan jualan Aiskrim PopsLab Malaysia sehingga jenama ini semakin dikenali.
Bagi Syefry, Marina ialah tulang belakang kepada kejayaan PopsLab Malaysia.
----------
Inilah perkongsian Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang kanan, Syukri Shaari.
Lockdown #Day21: Kempen #BelanjaAiskrimFrontliner
Bagi menzahirkan penghargaan kepada petugas-petugas barisan hadapan yang setiap hari bertungkus-lumus mengawal kadar jangkitan COVID-19 negara, Syefry serta Aiskrim PopsLab Malaysia menggerakkan program #BelanjaAiskrimFrontliner.
Syefry percaya, rezeki yang diperolehi, biar pun tidak banyak wajar dikongsikan bersama.
Lebih-lebih lagi kepada kumpulan yang sanggup menjadi barisan hadapan melawan wabak COVID-19.
Hari ini, Syefry dan pasukan Aiskrim PopsLab Malaysia berkolaborasi dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan menyumbang kepada program #BelanjaAiskrimFrontliner di Pusat Pemberian Vaksin Dewan Seroja, Putrajaya.
Program itu turut disertai selebriti Datuk Seri Eizlan Yusof dan Ahmad Idham yang merupakan Pegawai Bersekutu Pasukan Tindak Balas Kecemasan (CDERT) APM Putrajaya.
Meskipun sumbangan yang diberikan mungkin tidak seberapa atau setimpal dengan pengorbanan petugas barisan hadapan, namun Syefry berharap sekurang-kurangnya dapat menceriakan mereka.
----------------------------
Inilah perkongsian Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang kanan, Syukri Shaari.
Lockdown #Day20: Syukur untuk rezeki pemberian Allah
Itu yang boleh dizahirkan Syefry ketika ini kerana meskipun dalam sekatan pergerakan penuh, produk aiskrim dijualnya tetap mendapat sambutan dan semakin dikenali.
Syefry percaya bukan sekadar usaha kerasnya, tetapi berkat doa ibu bapa serta semua yang menyokongnya telah membantu menaikkan jenama Aiskrim PopsLab Malaysia.
Sebagai seorang bapa, Syefry sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan anak-anaknya dapat hidup dalam suasana selesa.
Untuk itu, dia akan terus berusaha keras memajukan Aiskrim PopsLab Malaysia demi menyediakan kehidupan lebih selesa untuk keluarganya.
------------------
Inilah perkongsian Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang kanan, Syukri Shaari.
Lockdown #Day19: Bantu ejen terjejas ketika PKP 3.0
Syefry Moniz Mohd Nizar sedar pelaksanaan PKP 3.0 sudah tentu menjejaskan ejen-ejen Aiskrim Popslab Malaysia.
Dia mengambil inisiatif membantu memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada ejen-ejennya mengenai strategi menjalankan perniagaan dalam situasi pematuhan SOP yang ketat.
Bagi Syefry, bukan hanya kelangsungan hidupnya sahaja yang perlu difikirkan, ejen-ejennya juga wajar dibantu dalam mendepani situasi sukar ini.
------------------------------------------------
Inilah perkongsian Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang kanan, Syukri Shaari.
Lockdown #Day18: Kongsi rezeki musim PKP 3.0
Bersedekah itu ibadah.
Sedekah kecil dengan hati yang ikhlas akan diterima Allah manakala Allah menolak sedekah yang banyak tetapi dipenuhi rasa sombong dan riak.
Dalam situasi pandemik ketika ini, pengusaha Aiskrim Popslab Malaysia juga akur dengan golongan yang tidak bernasib baik.
Pengusahanya berkunjung ke Rumah Bakti Nursyaheera di Cheras, Kuala Lumpur untuk berkongsi rezeki dengan penghuninya.
"Setelah mendapat maklumat daripada rakan yang juga membuat infaq di sini, kami rasa terpanggil untuk berkongsi rezeki menginfaqkan aiskrim kami kepada penghuni rumah ini," kata Syefry.
Meskipun mungkin tidak seberapa, namun Syefry berharap ia sedikit sebanyak dapat menceriakan hati insan-insan istimewa ini.
---------------------------
Inilah perkongsian Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang kanan, Syukri Shaari.
Lockdown #Day17: 'Kami bekerja sendiri, perlulah berdikari'
Jadual Aiskrim PopsLab Malaysia agak padat setiap hari, siang dan malam kerana kami perlu bekerja keras untuk menyiapkan dan membuat penghantaran tempahan aiskrim kepada pelanggan-pelanggan dan ejen-ejen lantikan kami.
"Pada waktu siang, kebiasaannya kami akan melakukan kerja-kerja pemasaran seperti mengemaskini media sosial, melayani tempahan pelanggan serta menyediakan bahan-bahan aiskrim dan membuat penghantaran pada waktu petang," katanya.
"Pada sebelah malam pula, kami akan membuat produksi aiskrim dan membuat stock check bagi memastikan stok aiskrim mencukupi mengikut tempahan," tambah Syefry.
----------------------------------------------------------------
Inilah perkongsian Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang kanan, Syukri Shaari.
Lockdown #Day16: Rangka pelan 'survival' bisnes sendiri
Selepas menonton siaran langsung Pelan Pemulihan Negara oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Saluran 501 (Astro AWANI), syarikat Aiskrim Popslab Malaysia mendapati pelan itu akan mengambil masa yang agak panjang untuk pulih seperti biasa pada bulan Oktober atau November.
Oleh kerana itu, Aiskrim PopsLab Malaysia mengambil inisiatif merangka pelan survival kami sendiri untuk meneruskan kelangsungan hidup.
"Salah satu pelan kami ialah menumpukan pemasaran dan pengiklanan servis Aiskrim PopsLab Malaysia menggunakan platform media sosial. Selain itu, kami menjaga hubungan baik dengan pelanggan dan ejen-ejen lantikan kami," kata Shefry.
Sementara kedai Aiskrim PopsLab Malaysia belum dapat beroperasi, Shefry memanfaatkan platform media sosial untuk digunakan ketika ini.
"Kami tidak akan berputus asa dan sentiasa bersedia dengan pelbagai rancangan apabila berhadapan dengan situasi yang tidak terduga," tambahnya.
----------------------------------------
Inilah perkongsian Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang kanan, Syukri Shaari.
Lockdown #Day15: Perlu inovatif hasilkan perisa baharu
Aiskrim PopsLab Malaysia masih bertahan dan tidak putus asa mengharungi cabaran sepanjang PKP 3.0 ini.
Peluang dan masa yang ada sepanjang 'total lockdown' ini digunakan sebaik mungkin untuk menghasilkan perisa aiskrim yang baharu.
Aiskrim perisa baharu ini dihasilkan lebih up-to-date dan mengikut trend terkini. Isi padunya lebih dan premium berbanding aiskrim yang sedia ada.
"Walaupun keadaan sangat mencabar ketika ini, saya percaya kita perlu sentiasa positif, tidak mudah mengalah dan sentiasa berusaha untuk meneruskan kelangsungan hidup," kata Syefry.
-----------------------------
Inilah perkongsian Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian ini dijayakan oleh pengarang kanan, Syukri Shaari.
Lockdown #Day14: Terima kasih frontliners!
Lockdown #Day14: Jasa 'frontliners' tidak dilupakan
Seperti biasa, kami menerima tempahan daripada pelanggan Aiskrim PopsLab Malaysia.
Kami bersyukur selepas menerima satu tempahan khas di mana pelanggan membuat tempahan yang banyak dan perlu dihantar pada hari yang sama dalam waktu yang terdekat.
Ketika menyerahkan aiskrim kepada pelanggan berkenaan, barulah kami menyedari bahawa tempahan aiskrim itu adalah salah satu sumbangan amal beliau kepada rakan-rakan frontliners yang bekerja di Klinik Kesihatan Presint 18, Putrajaya.
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah menghargai pengorbanan dan usaha keras Frontliners dan kita semua akan terus patuh dengan arahan dan SOP yang ditetapkan.
#staysafe #stayathome
--------------------
Inilah perkongsian Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian sepanjang lockdown ini dijayakan oleh pengarang kanan, Syukri Shaari.
Lockdown #Day13: Kekal di rumah, kami hantar
Lockdown #Day13: Stay safe, stay at home
Dengan keadaan kes yang tidak menampakkan penurunan ketara, Aiskrim PopsLab Malaysia mengesyorkan kepada pelanggan dan semua rakyat Malaysia untuk kekal berada di rumah dan hanya keluar jika perlu sahaja.
Sentiasa patuh pada SOP seperti memakai pelitup muka, mencuci tangan dengan kerap dengan sanitizer atau sabun dan juga sentiasa menjaga jarak 1 meter.
Dalam pada masa yang sama, Aiskrim PopsLab Malaysia juga mempraktikkan hal yang sama kerana kami juga perlu menjaga keselamatan dan kesejahteraan kami sekeluarga juga.
Kami menetapkan hanya hari tertentu sahaja untuk membuat penghantaran dan tidak keluar setiap hari bagi mengurangkan risiko berinteraksi dengan orang ramai. Kami juga menyarankan SOP yang sama kepada ejen-ejen lantikan kami.
Para pelanggan Aiskrim PopsLab Malaysia tidak perlu risau untuk terus menikmati aiskrim kerana kami menitikeratkan SOP ketika membuat penghantaran.
Diharapkan kes COVID-19 akan turun cepat dan semua kembali dalam keadaan normal semula.
#kitajagakita.
---------------------
Ini cerita Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian sepanjang lockdown ini dijayakan oleh pengarang kanan, Syukri Shaari.
Lockdown #Day12: Kami menggunakan thermal pack dan ice pack
Lockdown #Day12: 'Aiskrim PopsLab Malaysia sememangnya sudah bersedia'
Umum telah diketahui bahawa penyambungan semula 'total lockdown' seluruh negara akan bermula 15 Jun hingga 28 Jun 2021.
Aiskrim PopsLab Malaysia sememangnya telah bersedia dan dapat menjangkakan perkara ini, oleh kerana itu kami akan menggunakan rancangan lain bagi meneruskan operasi.
Disebabkan kawalan ketat perjalanan dan terhad sepanjang Lockdown ini, Aiskrim PopsLab Malaysia menawarkan perkhidmatan menggunakan delivery servis seperti Grab, Lalamove, Tapau dan seumpamanya kepada pelanggan jika kami tidak dapat membuat penghantaran.
Kami membuat pembungkusan menggunakan thermal pack dan ice pack bagi memastikan aiskrim kami sampai kepada pelanggan tetap kekal berada di dalam keadaan sejuk beku.
Aiskrim PopsLab Malaysia perlu mempunyai pelbagai rancangan yang menarik dan kreatif mengikut perubahan yang kadangkala tidak dijangkakan.
Ini adalah penting bagi memastikan Aiskrim PopsLab Malaysia akan dapat terus beroperasi mengikut ketetapan dan syarat yang dikenakan oleh kerajaan sewaktu pandemik ini.
---------------------
Ini cerita Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian sepanjang lockdown ini dijayakan oleh pengarang kanan, Syukri Shaari.
Lockdown #Day11: Diharapkan ada jalan terbaik untuk kami beroperasi
Lockdown #Day11: 'Jika lockdown diteruskan, kami rugi lebih RM10,000'
"Setiap kali memandang premis ini, saya berasa amat terkilan dan hampa memikirkan perancangan yang tergendala."
Antara salah satu kesan total lockdown ini, premis Aiskrim PopsLab Malaysia tidak dapat beroperasi mengikut perancangan awal.
Ini termasuk kerja-kerja pengubahsuaian juga tidak dapat dilakukan kerana kontraktor pembangunan tidak dibenarkan beroperasi semasa lockdown kerana mereka bukan di bawah essential services.
Mengikut perancangan awal, sepatutnya kedai Aiskrim PopsLab Malaysia telah beroperasi di premis baharu yang terletak di Zenopy Residences di Seri Kembangan.
"Kami telah menghabiskan lebih RM10,000 untuk bayaran pendahuluan masuk dan utiliti. Kami juga terpaksa membayar dengan kadar sewaan RM1,800 sebulan walaupun kami tidak dapat beroperasi di premis ini. Jika lockdown ini berlarutan, ini akan membuatkan kami menanggung kerugian," kata Syefry ketika berkongsi jurnal berkenaan dengan Astro AWANI, pada Jumaat.
Diharapkan ada jalan terbaik untuk kami beroperasi dengan sebaiknya dan mengikut perancangan yang telah dibuat sebelum ini.
---------------------
Ini cerita Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian sepanjang lockdown ini dijayakan oleh pengarang kanan, Syukri Shaari.
Lockdown #Day10: Selalu semak status kes COVID-19 di kawasan pelanggan
Lockdown #Day10: Popslab terus berusaha beri perkhidmatan terbaik waktu ini
Memandangkan kes COVID-19 belum menunjukkan tanda-tanda akan reda dalam masa terdekat ini, Aiskrim PopsLab Malaysia mengambil pendekatan yang serius dalam usaha untuk mencegah daripada dijangkiti atau menjangkiti terutamanya ketika membuat penghantaran aiskrim.
"Kami akan membuat semakan tempat melalui aplikasi My Sejahtera setiap kali mendapat tempahan pelanggan," kata Syefny.
"Sekiranya tempat tersebut dikenal pasti sebagai kawasan merah, kami akan memberitahu kepada pelanggan tentang risiko yang akan dihadapi maka kami akan memaklumkan kepada pelanggan bahawa urusan penghantaran aiskrim hanya melalui di pintu pagar rumah sahaja bagi rumah landed dan di tempat pos pengawal bagi rumah pangsapuri.
"Urusan pembayaran hanya melalui atas talian perbankan sahaja (online)," katanya.
Menurut Syefny, dia akan terus mencuba memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan namun dalam masa yang sama, tetap menjaga keselamatan dan kesejahteraan semua.
----------------------
Ini cerita Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian sepanjang lockdown ini dijayakan oleh pengarang kanan, Syukri Shaari.
Lockdown #Day9: 'Ejen lantikan kami telah mula menghantar tempahan'
"Beginilah, kami membuat penghantaran Aiskrim PopsLab Malaysia ke depan pintu rumah anda."
"Kami memastikan sentiasa memakai pelitup muka, sanitise tangan setiap kali penghantaran dan menjaga jarak dengan pelanggan."
"Alhamdulillah .... sejak dibenarkan semula beroperasi banyak tempahan dan penghantaran dapat dilakukan setiap hari."
"Ejen lantikan kami juga telah mula keluar untuk memenuhi tempahan dan penghantaran selepas mendapat kebenaran beroperasi."
Alhamdulillah. ... rezeki untuk kami sebagai peniaga kecilan untuk meneruskan kehidupan yang mencabar ketika pandemik COVID-19 ini.
--------------------
Ini cerita Syefry dalam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian sepanjang lockdown ini dijayakan oleh pengarang kanan, Syukri Shaari.
Lockdown #Day8: Semak inventori
Lockdown #Day8: 'Kualiti perlu dijaga untuk pastikan stok sentiasa segar'
Hari ini masuk hari kelapan total lockdown.
Saya membuat semakan inventori 17 pelbagai perisa stok Aiskrim PopsLab Malaysia yang semakin susut kerana telah mula membuat penghantaran kepada pelanggan, baru-baru ini.
Ini sangat mustahak bagi memastikan stok aiskrim sentiasa ada dan juga sentiasa mengemaskini stok bagi jualan runcit dan ejen lantikan kami.
Kebiasaannya, Aiskrim PopsLab Malaysia membuat produksi pada hari Isnin hingga Jumaat dan hujung minggu pula adalah untuk penghantaran kepada ejen dan pelanggan.
Ini adalah untuk memastikan Aiskrim PopsLab Malaysia sentiasa "freshly-made".
----------------
Ini cerita Syefry pada hari kelapan edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian sepanjang lockdown ini dijayakan oleh pengarang kanan, Syukri Shaari.
Lockdown #Day7: Popslab Malaysia sudah berjumpa 'peminatnya'
Akhirnya hari ketujuh total lockdown, Aiskrim PopsLab Malaysia membuat penghantaran kepada pelanggan-pelanggan yang berada di luar kawasan Putrajaya.
Sebenarnya pesanan semua tertangguh sebelum ini kerana masih belum kebenaran operasi daripada MITI.
Destinasi hari ini ialah Bangi, Jalan Duta, Ampang, Taman Melawati, Seri Kembangan dan Kajang. Lega rasanya apabila dapat sempurnakan penghantaran aiskrim yang tertangguh sekian lama kepada pelanggan terutamanya pelanggan-pelanggan setia kami yang selalu membuat ulangan tempahan aiskrim (repeat order) .
Terima kasih MITI, KPDNKKHEP dan semua pelanggan Aiskrim PopsLab Malaysia yang tetap setia menunggu penghantaran.
-------------
Ini cerita Syefry pada hari ketujuh edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian sepanjang lockdown ini dijayakan oleh pengarang kanan, Syukri Shaari.
Lockdow #Day6: 'Terima kasih MITI'
Lockdown #Day6: Kawan-kawan, Popslab Malaysia sudah kembali beroperasi!
Alhamdulillah...
Berita baik pada tengah malam (menjelang hari lockdown keenam) ketika membuat semakan permohonan kebenaran beroperasi dari MITI, akhirnya Aiskrim PopsLab Malaysia berjaya mendapat kebenaran tersebut.
Ini juga salah satu berita baik untuk ejen-ejen lantikan kami, mereka juga akan dapat keluar untuk beroperasi seperti biasa.
Hari ini kami mula keluar membuat penghantaran sekitar kawasan taman perumahan kami sahaja iaitu di Desa Pinggiran Putra, Putrajaya.
Kami membuat iklan jualan aiskrim dengan menggunakan medium WhatsApp group taman perumahan kami dan sambutan sangat menggalakkan daripada penduduk.
Insya-Allah Aiskrim PopsLab Malaysia akan tetap patuh pada SOP dan arahan seperti mana yang diarahkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan kerajaan demi keselamatan dan kesejahteraan kami dan pelanggan kami.
-------
Ini cerita Syefry pada hari keenam edisi Diari Lockdown.
Kompilasi harian sepanjang lockdown ini dijayakan oleh pengarang kanan, Syukri Shaari.
Lockdown #Day5: Mengisi masa terluang...
Lockdown #Day5: Dah masuk hari kelima, kelulusan permit MITI masih belum tiba
Hari ini, tiada delivery.
Sedang mengikuti seminar dalam taliam berjudul, Grow Your Business bersama team Hasbul Brothers untuk menambah ilmu usahawan dan peniagaan ketika dalam tempoh total lockdown ini.
Mengisi masa yang terluang menimba ilmu sementara masih lagi menunggu kelulusan permit dari MITI.
-------
Ini cerita Syefry pada hari kelima Diari Lockdown.
Kompilasi harian sepanjang lockdown ini dijayakan oleh pengarang kanan, Syukri Shaari.
Lockdown #Day4: Muhammad Syafiq (e-hailing), menghantar order kepada pelanggan kami.
Lockdown #Day4: 'Peritnya tapi kami harus cekal dan berusaha'
Terpaksa teruskan juga.
Kami menggunakan perkhidmatan penghantaran e-hailing untuk menghantar produk kami.
Namanya, Muhammad Syafiq, berusia 32 tahun, seorang pemandu penghantaran menerima pesanan yang dibuat oleh pelanggan tetap kami yang berada di Kota Kemuning, Shah Alam. Syafiq datang mengambil aiskrim kami yang telah siap dibungkusdalam beg 'thermal' untuk dihantar kepada pelanggan kami.
"Perit ... akan tetapi kami mesti cekal dan terus berusaha untuk mencari rezeki dan juga pendapatan bagi menampung perbelanjaan keluarga."
--------------------
Ini cerita Syefry pada hari keempat Diari Lockdown.
Kompilasi harian sepanjang lockdown ini dijayakan oleh pengarang kanan, Syukri Shaari.
Lockdown #Day3: Tiada kompromi, patuh SOP
Lockdown #Day3: 'Patuh SOP, akur arahan kerajaan, keutamaan kami'
"Hari ketiga lockdown, masih lagi tiada kata putus dan maklumat mengenai permohonan untuk beroperasi bagi peniaga kecil seperti kami."
Memandangkan kes setiap hari semakin naik disebabkan wabak COVID-19 ini, maka kami lebih memperketatkan lagi prosedur operasi standard (SOP) apabila berurusan dengan pelanggan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kami sendiri dan juga pelanggan kami.
Hakikatnya, Syefry dan. pekerjanya akan mengamalkan SOP yang ketat.
"Kami akan memakai pelitup muka yang disarankan oleh KKM dan sentiasa membasuh tangan menggunakan sanitiser sebelum dan selepas berurusan dengan pelanggan. Dan apabila selesai urusan dan pulang ke rumah, kami akan memastikan kami akan mandi terlebih dahulu supaya tidak menjangkit ahli keluarga," katanya.
Bukannya apa, kepercayaan pelanggan harus diutamakan, apatah lagi ketika musim pandemik COVID-19 ini.
"Pelanggan akan rasa lebih yakin dan selamat apabila berurusan dengan Aiskrim PopsLab Malaysia. Dan mereka juga boleh menikmati aiskrim kami tanpa ragu-ragu.
---------------
Ini entri ketiga Syefry dalam siri Diari Lockdown oleh Astro AWANI.
Kompilasi harian sepanjang PKP 3.0 ini dijayakan oleh pengarang kanan, Syukri Shaari.
Lockdown #Day2: Nak beroperasi, kami cari jalan lain"
Lockdown #Day2: Masih tidak dapat pun respon dari MITI ...
Walau pun telah masuk hari kedua lockdown, kami masih tetap membuat stok aiskrim dan menyiapkan tempahan daripada ejen-ejen serta pelanggan kami.
Proses pembuatan masih tetap berjalan seperti biasa meski pun masih belum mendapat sebarang khabar dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atau pihak yang berkaitan mengenai permohonan operasi kami.
"Alhamdulillah, setiap hari masih ada pelanggan yang bertanya dan ingin membeli aiskrim, akan tetapi malangnya kami masih lagi tidak boleh untuk beroperasi atau membuat penghantaran seperti biasa," kata Syefry.
Keadaan ini sangat mendukacitakan memikirkan tentang keadaan yang akan diharungi jika tidak dapat beroperasi seperti biasa. Masih belum ada kata putus atau maklumat tepat daripada pihak kerajaan mengenai permohonan operasi bagi peniaga kecil seperti kami.
"Tetapi kami tetap berfikiran positif untuk berusaha mencari jalan lain memasarkan produk bagi memastikan sumber pendapatan keluarga kami akan tetap ada."
Besar harapan semoga dalam masa yang terdekat akan ada sinar sebagai peniaga kecil seperti kami untuk beroperasi seperti biasa semula.
Sementara itu, jawapan dari MITI masih menjadi tanda tanya ...
--------------
Ini entri kedua Syefry dalam siri Diari Lockdown oleh Astro AWANI.
Kompilasi harian sepanjang PKP 3.0 ini dijayakan oleh pengarang kanan, Syukri Shaari.
Lockdown #Day1: Syefry Moniz masih mampu berfikiran positif
Lockdown #Day1: 'Mana nak cari duit tampung ejen-ejen syarikat saya?'
Hari pertama Total Lockdown 3.0 agak buntu.
Seharian terpaksa bertungkus-lumus untuk membuat permohonan operasi secara dalam talian ketika Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 di mana segala maklumat yang diperoleh sangat 'tidak tepat' dan 'mengelirukan'.
Namun, pengasas dan pengusaha Aiskrim Popslab, Syefry Moniz masih mampu berfikiran positif, rezeki itu datang dari Allah SWT dan sentiasa perlu berusaha dan tidak cepat mengalah.
Setelah berhempas-pulas membuat permohonan online dari pagi, alhamdulillah ... aiskrim PopsLab Malaysia akhirnya dapat menyelesaikan permohonan tersebut.
Walau bagaimanapun, hakikatnya kami masih belum dapat keluar untuk membuat penghantaran kepada pelanggan-pelanggan yang telah membuat tempahan. Sedikit sebanyak perkara ini menjejaskan pendapatan harian kami.
Gara-gara lockdown, kami tidak dapat memasuki serta menjalankan operasi di premis baru kami.
Wang sewa RM1,800 tetap perlu dilunaskan. Aduhai ...
Harapan Syefry tidak rumit.
Aiskrim Popslab ini diharap agar dapat beroperasi seperti biasa, terutamanya ejen-ejen lantikan di bawah syarikatnya.
Menurut bekas jurufoto Utusan Malaysia ini, ejen-ejen syarikatnya terdiri daripada mereka yang hilang pekerjaan, dipotong gaji dan suri rumah tangga yang perlu menambah pendapatan ketika pandemik COVID-19 ini.
------------------
Ini entri pertama Syefry dalam siri Diari Lockdown oleh Astro AWANI.
Kompilasi harian sepanjang PKP 3.0 dijayakan oleh pengarang kanan, Syukri Shaari.