KUALA LUMPUR: Total lockdown Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berlangsung sejak awal bulan ini bukanlah satu tempoh yang manis untuk semua rakyat Malaysia.

Sejak PKP 1.0 dilaksanakan 18 Mac tahun lalu, ramai yang berjuang demi diri sendiri dan keluarga untuk terus hidup.

Bantuan demi bantuan yang diberikan, rakyat cuba menggunakannya sebaik mungkin untuk kelangsungan hidup masing-masing ketika tempoh menentang COVID-19.

Semalam, kerajaan sekali lagi memberi bayangan bakal memberi bantuan berskala besar kepada rakyat Malaysia.

Khabar itu disambut baik oleh rakyat Malaysia kerana ia mungkin memberi sinar terutama kepada golongan yang benar-benar memerlukannya.


Pengguna media sosial Facebook, Ramdan Mohamad berharap bantuan itu bukanlah bantuan bersasar.

“Bagi sahaja kepada semua, yang terkesan atau tidak. Sebab nanti yang tidak terkesan dapat bantu mereka yang terkesan dari segi kuasa membeli atau apa cara sekalipun,” katanya.

BACA: Moratorium: Sedarlah BNM, andaian 'on paper' tidak sama dengan realiti - Shahril

BACA: "Saya sudah dapat kerja... terima kasih rakyat Malaysia" - Ibu tunggal M40

BACA: Masa yang tepat kembalikan inisiatif bantu rakyat, perniagaan - Tengku Zafrul

Pada masa sama, ada juga beberapa individu yang menggesa kerajaan mempertimbangkan untuk menutup kilang-kilang yang masih beroperasi.

Bagi Wan Emran Shafiee, sektor perkilangan dilihat menyumbang kes jangkitan tertinggi dan mustahil usaha untuk beralih ke fasa-fasa seterusnya Pelan Pemulihan Negara dapat dicapai jika membiarkan sektor tersebut terus beroperasi sekali gus akan menyusahkan rakyat.

“Pandangan saya sebagai rakyat marhaen, apa kata kali ini kita tutup kilang-kilang yg sah-sah menyumbang banyak kes setiap hari.

“Sampai bila kita nak sambung ‘full lockdown’ cara ini yang mana telah terbukti gagal. Kesianlah pada rakyat,” katanya.

Sementara itu, ini respons pengguna media sosial Youtube berkenaan pemberian bantuan yang akan diumumkan oleh kerajaan.

Respon pengguna sosial media di Youtube