PROGRAM Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang bermula sejak Februari lalu merupakan usaha kerajaan dalam mengekang jangkitan virus tersebut dalam kalangan rakyat.

 
Sumber Facebook astroawani

Sehingga lewat malam Isnin (21 Jun 2021), sebanyak 6,051,198 suntikan vaksin telah diberikan menerusi PICK.



Walaupun jumlah penerima vaksin semakin meningkat setiap hari bagi membolehkan negara mencapai imuniti kelompok segera, namun masih ramai yang belum menerima tarikh janji temu dos pertama meskipun telah berbulan-bulan mendaftar di aplikasi MySejahtera.

Rata-rata netizen yang berdepan dengan situasi menunggu itu meluahkannya kepada #DiariLockdown hari ini.

Menurut Nasruddin Syah, menunggu tarikh jani temu di MySejahtera ibarat sebuah hubungan yang tiada kepastian.

Menunggu tarikh temujanji suntikan vaksin yang masih belum pasti

Begitu juga, Wildgreen Channel yang telah mendaftar sejak Februari lalu tetapi masih belum dipanggil mendapatkan suntikan vaksin.

Semua kaedah telah digunakan untuk mendapatkan tarikh temujanji suntikan vaksin

Dalam nada yang sama, Assid Diqy memberitahu, rutinnya adalah memeriksa aplikasi MySejahtera setiap hari sejak April lalu.

Bosan, antara rasa yang paling ketara dalam kalangan mereka yang masih belum divaksin

Bagi Gengz 1130 pula, dia hampir bosan menanti panggilan janji temu tersebut manakala Sivaraj pula mempersoalkan sampai bila mereka perlu menunggu.

Tertanya-tanya sampai bila harus menunggu giliran untuk divaksin

Situasi yang sama berlaku terhadap beberapa lagi netizen.

Masih ramai golongan warga emas yang tidak menerima suntikan vaksin


Terlalu lama menunggu untuk dipanggil bagi menerima suntikan vaksin


Bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang telah menerima vaksin memuji aturan pergerakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan petugas-petugas yang cukup sopan melayan orang ramai.


Layanan petugas barisan hadapan di PPV amat memuaskan

Bersyukur kerana telah menerima suntikan vaksin dan berpuas hati dengan perkhidmatan di PPV

PICK bermula dengan fasa pertama membabitkan petugas hadapan diikuti fasa kedua pada 17 April khusus untuk golongan berusia 60 tahun ke atas.